Written by AbangNara | February 19th, 2010

“Kalau boleh saya nak cari seorang perempuan yang boleh dijadikan isteri bukan sekadar kekasih,” ujar Hans.

Wah, kalau betul aktres Filipino yang cun melecun ni adalah awek yang nak dijadikan isteri, memang kompem anak deorang ni nanti comel-comel.

Nama aktres cun ni, Bea Alonzo. Peh, nama pon dah meletop. Pastu ada kacukan British + Filipino. Tapi sekali imbas tengok gambar atas tu, ada iras-iras Nora penyanyi tu kan. Ok lah ni Hans, apa lagi, jangan tunggu lama-lama,nanti lama-lama…..(sila isi tempat kosong)

Layan lagi gambar Hans & Bea ni….

 
Written by AbangNara | February 18th, 2010

facebook beautifulnara

Balik-balik kerja semalam kami terus bukak Facebook BeautifulNara dan agak terkejut beruk apabila melihat jumlah fans BeautifulNara kini dah mencecah 4,000 orang. Sungguh kami terharu. Nasib baik tak terkeluar air mata. Terima kasih banyak-banyak kepada anda semua yang terus menerus menyokong kami. Kalau anda belum menjadi fans Facebook BeautifulNara, segeralah berbuat demikian. Bak kata omputeh the more the merrier. Banyak topik-topik santai kitorang borakkan kat situ.

butiknara

Untuk awek-awek, akak-akak dan makcik-makcik cun yang gilekan shopping tudung, anak tudung, perfume dan apa-apa jer lagi, ButikNarakini telah berwajah baru dan lebih mantap dari sebelum ini. Terima kasih kepada NiagaKit yang telah sponsor kit niaga ButikNara. Kalau rasa-rasa berminat untuk mencuba online shopping, silalah layari ButikNara. Kepuasan dijamin 100%.

amazingnara

Buat anda yang selalu tertekan dengan workload di tempat kerja ataupun perlukan tempat untuk bergelak ketawa sehingga hampir boleh memecahkan perut, AmazingNara adalah tempat terbaik untuk anda. Dengan kesudian anda semua yang menghantar email kelakar kepada kami, AmazingNara adalah tempat terbaik untuk anda merehatkan otak anda yang tensen tue.

Jika tiada aral melintang, berkemungkinan besar bulan depan kami akan mengadakan sesuatu untuk menghargai sokongan anda semua kepada kami. Apakah sesuatu itu? Nantikanlah ajer ~~~ Sekali lagi, thank you for all the support you guys have given us. Kami sangat-sangat menghargainya.

Written by AbangNara | February 18th, 2010

Ramai artis-artis Malaysia yang sentap  bila Wardina mengeluarkan kenyataan yang selebriti Malaysia tak layak bergelar ikon minggu lepas. Tapi kami faham perasaan Wardina. Almaklumlah, artis-artis muda Malaysia sekarang nie kebanyakannya femes kerana kontroversi, bukan kerana bakat lakonan atau nyanyian diorang.

Kami di BeautifulNara pun kadang-kadang tercari-cari gosip-gosip atau pun berita-berita yang baik mengenai artis Malaysia untuk dikongsikan bersama anda semua. Tapi sayangnya dalam 10 berita yang kami kongsikan, 9 daripadanya adalah benda-benda sensasi yang mengarut-marut. Sekali sekala adalah terselit cerita-cerita artis yang dah insaf dan sebagainya. Tapi kebanyakkannya adalah gosip-gosip sampah yang menjatuhkan maruah artis Malaysia kita.

Mungkin artis Malaysia kita nie berpegang kepada kata-kata Donald Trump yang berbunyi lebih kurang begini:-

[note]Publisiti yang buruk adalah lebih baik daripada tak ada publisiti langsung. [/note]

Tapi siapa kata hanya dengan cerita sensasi sahaja artis kita akan popular. Sila ambil contoh Diana Danielle. Dulu dia memang penuh dengan kontroversi tapi sekarang ini berita tentang Diana Danielle kebanyakkannya hanya benda-benda yang baik saja. Lawatan ke rumah orang asli, lawatan ke rumah panjang orang Iban dan macam-macam lagilah. Tak ada kontroversi tapi still mampu menaikkan nama DD.

Contoh lain adalah penyanyi indie wanita, Yunalis Zarai. Jarang kita dengar cerita-cerita buruk tentang dia. Mungkin ada sesetengah wartawan yang cuba menjatuhkan Yuna dengan gosip Yuna sombong dengan wartawan. Tapi semua itu kami rasa hanya propaganda wartawan-wartawan kita. Dan yang paling penting imej bersih yang dibawa Yuna dari awal sampai sekarang dah menunjukkan yang artis kita mampu popular tanpa gosip teruk.

Cuma yang dikesalkan kebanyakkan artis Malaysia nie cuba mengambil jalan short-cut untuk cepat femes. Taknak bekerja keras. Itu yang keluar statement-statement tak masuk akal. Update status Facebook dengan ugutan membunuh. Keluar gambar berfoya-foya dalam kelab sambil teguk botol arak. Dan macam-macam lagilah. Memanglah nama mereka akan dikenali ramai selepas kontroversi tue, tapi berapa lama sangat kepopularitian sebegitu akan bertahan?

Uishh ~~ Panjang pulak kami berleter hari ini. Jadi kesimpulannya kat sini kami nak tanya anda semua. Siapakah artis Malaysia yang anda rasa layak digelar ikon? Dato’ Siti Nurhaliza? Misha Omar? Lisa Surihani? Kalau boleh nyatakan lah sebabnya sekali. Nak jugak tahu pendapat anda semua.

Written by AbangNara | February 18th, 2010

rebeca nur islam

Ok tajuk gosip di atas mungkin agak lari dengan isi kandungan cerita. Tapi artis yang popular kerana namanya, Rebecca Nur Islam kini sedang menyusu badan untuk anak angkatnya yang berusia 2 tahun, Nor Adam Daniel. Buat pengetahuan anda, si Rebecca nie masih belum berkahwin ye. Jadi sudah tentulah sukar untuk mengeluarkan susunya.

Namun begitu demi rasa kasih sayang yang mendalam kepada anak angkatnya itu, Rebecca sanggup disuntik. Ini semua semata-mata untuk mengeluarkan susu-susu yang terpendam di dalam badannya. Nasib baik tak ada side effect yang negatif. Cuma ada lebam-lebam dan bengkak sikit kat dada dia la.

Buat Rebecca, kami hargai sifat prihatin anda. Terutamanya selepas mengetahui yang anda mengambil anak angkat kerana risaukan kes pembuangan bayi yang melampau di Malaysia sekarang ini. Siapa kata artis kita tak prihatin? Kalau Rebecca dan Misha Omar boleh buat, artis yang lain pun sudah pasti boleh buat.

Dan kepada bakal suami Rebecca Nur Islam(khabarnya duda beranak 2), kami ucapkan tahniah kerana menjumpai seorang wanita yang memiliki sifat keibuan yang sungguh tinggi. Sila kahwini dia secepat mungkin dan buat anak sendiri. Sekian, terima kasih.

Page 6 of 17« First...45678...Last »