Zulin Dan Ahya Saling Unfollow IG Untuk Puaskan Hati Haters

Hiburan

Zulin Dan Ahya Saling Unfollow IG Untuk Puaskan Hati Haters

Sebelum ini, ibu Ahya Rosli, pelakon Normah Damanhuri, ada memberitahu yang dia menerima jika Zulin Aziz berjodohan dengan anaknya itu. Namun begitu, Zulin dikatakan sudah tidak lagi mengikuti akaun Ahya di Instagramnya.

Namun begitu, BH Online melaporkan, tindakan Zulin itu bukan kerana bermusuh dengan Ahya.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Malah, hubungan mereka masih rapat:

Kami tidak bergaduh, malah masih berkawan baik walaupun masing-masing tidak lagi saling mengikuti di laman Instagram.

Saya sendiri sudah lama sebenarnya tidak menjadi pengikut Ahya di laman sosial bergambar itu. Cuma dia saja yang baru menyedarinya dan bertindak melakukan perkara sama.

Saya berbuat demikian sebagai jalan selamat daripada memeningkan diri untuk memikirkan segala kata-kata nista dan persepsi orang luar terhadap hubungan kami.

Pada satu tahap, kata Zulin, dia menjadi rimas apabila orang luar bagaikan lebih tahu serba-serbi mengenai persahabatan mereka.

Malah, ada yang sakit hati dan tidak suka kami berkawan baik. Jadi, mereka memburuk-burukkan keakraban saya dengan Ahya. Dalam soal kecaman pula, ia sudah menjadi perkara biasa.

Lebih daripada itu, saya pernah mendapat mesej peribadi di laman berkenaan, yang meminta supaya saya tidak lagi berkawan dengannya.

Bagi Zulin, Ahya seorang kawan yang baik padanya:

Usah risau mengenai persahabatan kami. Saya dan Ahya masih lagi baik. Mungkin dengan cara saya tidak lagi mengikutinya di laman sosial, ia boleh memuaskan hati mereka di luar sana itu.

Sampai begitu sekali mereka mahu melihat Zulin dan Ahya renggang. Agaknya mereka-mereka itu dah tak ada kerja lain mahu memporak-perandakan persahabatan orang.

Namun, mungkin bagi Zulin itu  saja cara terbaik, apatah lagi jika ia dapat menyelamatkan persahabatan mereka berdua. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...