Zul Ariffin Akui Percintaan Dengan Zahirah Macwilson Sudah Putus Sebulan Lebih

Zul Ariffin Akui Percintaan Dengan Zahirah Macwilson Sudah Putus Sebulan Lebih

Tidak banyak yang diketahui umum mengenai percintaan pelakon kacak Zul Ariffin dan jelitawan Zahirah Macwilson kerana keduanya bersikap low-profile mengenai percintaan mereka.

Kalau sebelum ini, Zahirah seolah-olah mengiyakan bahawa hubungannya dengan Zul telah berakhir, Zul Ariffin bersikap lebih jelas apabila mengakui hubungan itu telah putus. Berita Harian Online melaporkan Zul berkata:

Advertisement

Sudah putus. Gelombang hubungan kami sudah diketahui ramai sejak tahun lalu. Diakui, hubungan kami ada masanya putus dan bersambung semula dalam tempoh berkenaan.

Sebab itu, saya hanya memberi ‘samar bayangan’ jika ada yang bertanya.

Hari ini, saya mahu menegaskan, perhubungan itu sudah berakhir dan tidak mungkin bertaut kembali. Jika masih meneruskan hubungan, bermakna saya menganiayai diri sendiri.

Tiada apa yang mahu disembunyikan lagi.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Zul juga menjelaskan apa yang terbuku di hatinya mengenai sikap Zahirah sewaktu Zul berhadapan dengan pemergian ibu tercinta, Robiah Nasir, 5 Disember lalu:

Kecewa, tidak…! Kalau melihat orang ‘berselfie’ dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup?

Itulah perasaan saya ketika melihat Zahirah seronok ‘berselfie’ bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu saya ketika dalam masjid.

Ada beberapa saksi melihatnya, termasuk saya yang ketika itu mahu membuka penutup muka untuk mencium arwah ibu buat kali terakhir.

Menyampah memandangnya, tetapi saya masih meneruskan hubungan. Saya tidak kejam dan tetap memaafkannya.

Zul pasrah bahawa hubungan mereka kini tidak boleh dipulihkan walaupun memaafkan Zahirah atas perkara itu:

Saya tentunya mengharapkan ketenangan dan kebahagiaan dalam membina hubungan cinta.

Jika terlalu banyak mengganggu kerja dan menjejaskan kehidupan peribadi, tiada guna untuk terus mempertahankannya. Tiada apa yang perlu saya kenangkan lagi.

Nampaknya tiada jodoh antara pasangan sama cantik sama padan ini. Mungkin ini keputusan yang terbaik buat mereka berdua memandangkan sudah tiada persefahaman lagi. Semoga keduanya bertemu dengan yang lebih baik di masa hadapan dan bertambah maju dalam kerjaya. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

40 Comments

  1. Anonymous

    April 15, 2018 at 7:54 am

    Hek eleh…nk ckp yg ko tu bagus tuk buat psgn hidup la???poyo n perasan bagus!ms bercinta x de pon up citer best2 ttg zahirah…bla clash mula lah duk cito hal buruk zahirah plak!it’s take two to tango la zul!xkan ko x de buat silap langsung???

  2. Namakoka

    April 15, 2018 at 7:35 am

    Aku tak rasa pon zul ni Lofa punya type…. Seriously. Org yang lg teruk akhlaknya pon pandai nilai kot zul ni mcmna..I mean, Diorg pon nak pilih org yg lg better.. Cara dia burukkan org, burukkan bapa zahirah dulu..zul bukan Lofa punya type.. Setakat buat geli geli boleh la.. Haha

    • Anonymous

      April 15, 2018 at 8:24 am

      zul mmg sesuai dengan lofa la. memang bleh ngam. akhlak lebih kurang je..alah abg ipar lofa pun suka mengata bekas bakal bapak mertua juga dulu. helok je haaa..

  3. Ha ni abg zul jawab

    April 15, 2018 at 4:17 am

    Duhai adikku,

    Kesadoan bukan ukuran, poket dan tittle jadi keutamaan. Keep on trying.

    You go bro!

  4. Bakal sang suami

    April 15, 2018 at 2:17 am

    Kehadapan Abg Zul,

    Before move on tu blh tak tlg tanya dgn Zahirah boleh tak saya nk continue couple dgn ex abg zul.

    Jujur saya katakan badan belum nk sado lg, tapi akan saya usahakan

    Harap Cik Zahirah sudiii.. muah!!

  5. Noname

    April 15, 2018 at 1:36 am

    Klu selfie tu ukuran org tu layak or tidak for you sgt cetek la..nnti kau akan jumpa yg bersepah lebih fake dpn org ramai…tak elok buka aib org klu dh x suka..
    She is too young for you n deserve better man…keep on looking for a perfect one…

Loading...