Zizan Razak Mengaku Cintakan Mira Filzah?

Hiburan

Zizan Razak Mengaku Cintakan Mira Filzah?

Sebelum ini Zizan Razak mengakui beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga sekitar tahun hadapan, pada masa yang sama mendedahkan beliau sudah mempunyai calon isteri tetapi tidka mendedahkan identiti wanita tersebut. Namun, Zizan seakan memberikan bayangan bahawa orang ramai tahu dan mungkin mengenali calon isterinya itu.

Advertisement

Timbul spekulasi mengatakan wanita itu mungkin juga Mira Filzah yang sering digosipkan bercinta bersama Zizan.

Menerusi ruangan Raja Mawar di Bipop Berita Harian, hubungan mereka berdua ini tidak pernah terputus sejak digandingkan sebagai hos ABPBH 29, semakin hari semakin rapat sehinggalah timbul bibit percintaan antara mereka berdua. Ada sumber mengatakan, Zizan mengakui beliau cintakan Mira.

Masing-masing dipertemukan kali pertama apabila dipilih sebagai hos kemuncak ABPBH 29 pada 2016. Khabarnya sejak itu hubungan mereka tidak pernah terputus,daripada seorang kawan sehinggalah kedua-duanya dikhabarkan dilamun cinta. Usahlah berdolak-dalih lagi Zizan dan Mira. Tidak salah pun jika berkongsi cerita yang sebenar.

Ada sumber yang mendakwa, Zizan pernah meluahkan isi hati dan mengakui Mira adalah wanita yang dicintainya. Cuma, tiada dinyatakan alasan kenapa Zizan belum melamar pelakon cantik molek itu.

Jika begitu, rasanya Zizan dan Mira tidak perlu lah lagi menyembunyikan hubungan mereka. Tidak salah pun untuk terus-terang dengan orang ramai, inshaAllah pasti mereka mendoakan yang terbaik. Kalau dah cinta sepenuh hati itu jangan tunggu lama-lama lagi, kata orang tua-tua benda baik apa salahnya dipercepatkan.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...