Zizan Razak Kesal Tindakan Rakyat Pulang Ke Kampung Sambut Aidilfitri

Hiburan

Zizan Razak Kesal Tindakan Rakyat Pulang Ke Kampung Sambut Aidilfitri

Mendengar perihal sikap rakyat Malaysia yang masih cuba merentas negeri dan pulang ke kampong sempena perayaan Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak tampil menyuarakan pandangannya berikutan hal berkenaan di laman instagram.

zizan razak

Advertisement

Katanya, rakyat Malaysia harus belajar daripada pengalaman lalu. Hal ini kerana, keputusan segelintir pihak tidak bertanggungjawab ini untuk pulang ke kampung dalam tempoh PKP memberi kesan negatif terhadap negara.

“Selepas ramai pulang ke kampung dan seluruh negeri di Malaysia terkena wabak COVID-19.”

Tambah Zizan, beliau seakan menyeru orang ramai untuk memikirkan nasib petugas-petugas barisan hadapan yang berhempas pulas mengendalikan kes ini malah sanggup berkorban demi keselamatan rakyat.

Katanya lagi, andai tidak pulang ke kampung sekalipun, individu terbabit masih boleh menyambut perayaan itu tanpa menyusahkan orang lain.

zizan razak

“Tidakkah anda merasa bersalah pada mereka? Dan tidakkah anda akan membebakan diri anda lagi?”

Zizan bagaimanapun amat berharap seluruh rakyat Malaysia memberi kerjasama bagi mengekalkan penurunan wabak berkenan.

Tambahnya, negara kini juga lebih dua bulan bertahan dan menunjukkan penurunan kes yang sangat memberangsangkan. Malah bangga apabila negara sering kali diberi pujian berkenaan penurunan kes berkenaan.

“Dan adakah kita sendiri akan rosakkan prestasi kita selama ini? Renungkanlah.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...