Zila Bakarin Tayang Anak Perempuan Di Instagram, Ramai Puji Cantik!

Hiburan

Zila Bakarin Tayang Anak Perempuan Di Instagram, Ramai Puji Cantik!

Pelakon senior, Zila Bakarin baru-baru ini ada memuat naik foto bersama dua orang anak perempuannya iaitu Kaseh dan Cinta yang masing-masing sudahpun berusia 12 dan 9 tahun di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Sering berkongsikan foto bersama ahli keluarga terutama anak-anaknya, ternyata hantaran tersebut telah mendapat perhatian warga maya dan juga rakan-rakan artis.

Ramai yang tampil memuji kecantikan kedua anak perempuannya itu, ada juga peminat yang mengagumi penampilan Zila yang kini lebih sopan dan muda daripada usia sebenarnya.

“Cantik dan letup anak-anak sis..macam ibu dia juga.” tulis seorang pengikut Zila di Instagram.

Terdahulu, Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Binti Bakarin telah pun mengambil keputusan untuk berhijab sekitar awal November 2018 yang lalu dan berikutan itu, imej terbarunya itu mendapat pujian ramai dan rata-rata mendoakan agar pelakon tersebut kekal istiqamah.

View this post on Instagram

A post shared by azridop (@azridop)

Advertisement

Sekadar info, Zila telah mendirikan rumah tangga dengan Azri Izhar pada tahun 2008 yang lalu dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kaseh dan Cinta.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...