June 7th, 2018

Beberapa tahun memendam rasa duka akibat kemelut rumah tangga dan terbaru dihimpit pula pelbagai masalah antaranya kes anaknya didera oleh suami dan kes penceraian beliau yang tertangguh, penyanyi Ziana Zain bagaimanapun enggan terus bersedih apatah lagi Hari Raya Aildifitri bakal menjelma tidak lama lagi.

Ziana tetap ingin anak-anaknya ceria dan melayan setiap kerenah mereka sehingga menghabiskan masa sehingga 12 jam lamanya semata-mata ingin membeli barang kelengkapan untuk hari raya.

Saya mahu mereka gembira pada hari raya nanti. Alhamdulillah, semuanya sudah lengkap dan masing-masing puas dengan pilihan mereka. Bayangkan kami keluar rumah dari jam 10 pagi dan hanya berhenti seketika untuk berbuka puasa.

Selepas itu, kami menyambung semula berbelanja kerana saya mahu mereka puas hati. Rasanya hampir 12 jam juga kami di luar, namun saya seronok. Apa yang penting ketika ini adalah kebahagiaan mereka.

Penyanyi itu dikurniakan empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan Armin Zaharin iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Kami harap Ziana dan anak-anak akan terus dikurniakaan dengan kebahagiaan, bersabarlah dengan dugaan yang menimpa pastinya Allah SWT ada perancangan lain yang lebih baik.

Sumber Berita : BH ONLINE


34 responses to “Ziana Zain Gembira Lihat Anak-Anak Kembali Tersenyum”

  1. lily says:

    dulu waktu zaman remaja, pernah kerja dekat Subang Prade, (Parkson) kak ziana datang shopping raya bawak anak anak, sangat lembut percakapanya, kecik sangat orang nya, anak anak pon baik dengar kata.

  2. Kak Bunga says:

    Akak cukup memahami perasaan gembira Kak Ziana tu… Itulah, akak pun menghadapi penceraian hampir setahun yang lalu. Sedih sebab kita berharap suami kita berubah dan akak tak putus memanjat doa. Doa akak kabul selepas bercerai. Dia jadi lebih bertanggung jawab. Bila diingatkan memang sedih. Rupanya kebahagiaan ni Allah beri macam-macam cara.. Akak percaya, emosi anak-anak Kak Ziana lebih stable sekarang.. Sebab ini yang akak alami..

  3. Kak Bunga says:

    Akak cukup memahami perasaan gembira Kak Ziana tu… Itulah, akak pun menghadapi penceraian hampir setahub yang lalu. Sedih sebab kita berharap suami kita berubah dan akak memanjat doa. Doa akak kabul selepas bercerai. Dia jadi lebih bertanggung jawab. Bila diingatkan memang sedih. Rupanya kebahagiaan ni Allah beri macam-macam cara.. Akak percaya, emosi anak-anak Kak Ziana lebih stable sekarang.. Sebab ini yang akak alami..

    • Janda eropah says:

      True..my kids pun look happier since xtinggal dgn daddy depa..dia pun dh byk berubah, tp it’s too late..pintu hati sy dh tertutup..7 years suffered

  4. Ros says:

    The fault is somehow on you Ziana. As an independent woman, you are the one who let this thing happen-20 years of mental/verbal abuse which will forever be in your children internal system. Everything heals but not abuse. You are my idol but apparently you are stupid and heartless.

    • courts mammoth says:

      You must be, either an andartu who are too picky, or kind of wife who ask for divorce from day 1 when husb did wrong with zero consideration & zero effort & ZERO DOA + HOPE from the Creator.

    • Kedondong says:

      What’s wrong with being andartu? Aku pun andartu Dan aku happy dapat berbakti kepada kedua ibu bapa. Org mcm kau nilah yg buat perempuan mcm xde harga diri….asal dapat kahwin….dapat laki abuser pun takpe, asal ada laki…hisap dadah pun takpe, biar tanggung biawak hidup.. takpe.
      Asal jangan jadi janda. Bukann Tuhan ada letak syarat sebelum mati kena kahwin jugak…. Baru qualified masuk syurga. Kau dah lupa? Yg banyak menghuni neraka kaum isteri2? Chances korang nak masuk neraka lagi tinggi dari andartu….by being picky for saving your afterlife is not wrong at all and doa should be made before you decide to get married to husband of your choice.

    • jemy says:

      aku lelaki…tapi sokong kalau ko salah pilih laki jadi suami mmg neraka jahanam hidup…elok single je tak salah pun janji ko hidup happy…

    • tipahhhh says:

      Matilanakkkkk kalau semua nak salahkan pompuan.. Aku rasa sebelum ni semua under control, they just faced mental abused je dari si arman tu n pukul sikit2 n yg lain mungkin dia bagi, nafkah etc2. Tapi thing worst since dia benti keja n jadi biawak idup kat ziana, isap dadah then dia pukul plak anak2 sampai cedera teruk tu yg ziana xle stand dah ngerti? ya ziana pun ada silap tapi at least dia da mula bertindak sekarang sebelum anak dia patah riuk or mati dikerjakan laki dia tu, so xleh nak salahkan dia lah.

    • Daon Kesom says:

      There is a saying, put yourself in his/her shoe then only you can judge. Otherwise you just being ignorance to the fullest.
      Adik kesom andartu. Tapi ini lah yg mak bapak cari selalu sbb anak2 yg lain semua sebok beranak pinak bz bagai termasuk kesom. Jd dia la yg look after my parents drive kesana kemari.

  5. suka suka suka says:

    tumpang hepi tgk ziana… aguslah la cam tu. patutnya, wanita2 lain yg dah lama kena ‘tekanan jiwa’ ngan laki ni cepat2 ambik langkah bijak move on… hati pon senang,,, aman dan damai….

Loading...