May 15th, 2018

Kes suami Ziana Zain iaitu Armin Zaharin yang ditahan polis atas dakwaan mencederakan anaknya benar-benar memberikan impak besar kepada kehidupan penyanyi itu. Ada juga beberapa pihak yang mempertikaikan mengapa Ziana sebagai seorang isteri sanggup membuat laporan polis terhadap suami sendiri?

Setelah lama berdiam diri dan menerima pelbagai kritikan, Ziana akhirnya tampil membuka mulut mengenai apa yang terjadi. Beliau mendedahkan suaminya itu sering memukul anak-anak dengan teruk sekali sehingga menyebabkan lebam serta “pecah” di bahagian badan. Lebih memeranjatkan, Armin juga pernah mencilikan kemaluan serta dubur anak kembar mereka yang ketika itu berusia 3 tahun.

Ziana juga sudah tidak mampu bersabar dan bertahan dengan sikap panas baran Armin apatah lagi lelaki itu turut mengambil dadah. Antara faktor Ziana ingin bercerai adalah berkaitan kes penderaan yang berlaku kepada anak-anaknya. Sudah lebih 20 tahun mendirikan rumah tangga, beliau sudah cukup mengenali siapa Armin sebenarnya.

Seorang wanita mempunyai kesabaran yang tinggi, namun jika anak-anak sudah menjadi mangsa, untuk apa lagi meneruskan perkahwinan yang dibina? Siapa sangka sudah bertahun lamanya Ziana memendam rasa dan pastinya keputusan untuk berpisah adalah jalan terbaik. Semoga ada bahagia kelak buat Ziana dan anak-anaknya.

Sumber Berita : Media Hiburan


38 responses to “Ziana Zain Dedah Suami Panas Baran, Ambil Dadah Dan Pernah Cilikan Kemaluan Anak Ketika Usia 3 Tahun”

  1. Bukan Najib says:

    Maaf ya saya nak kasi pandangan sikit. Kenapalah Ziana tak ambik tindakan dari dulu lagi masa anak kena dera, sampai anak saiko? Bukan nak cakap apa kenapa kau nak korban kan anak2 kau demi kasih sayang pada lelaki? Ziana tak boleh bayangkan ke betapa anak dia hidup dalam ketakutan? Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dari dulu lagi bila dah berlaku brain damage?

    • Bukan Rosmah says:

      Mungkin ada sebab kenapa dia tak ambil tindakan dari dulu. Mungkin dia tak nak anak anak dia tidak berbapa. Mungkin jugak dia beri nak peluang pada suami dia untuk berubah. Tapi apa kan daya suami dia tetap begitu. Doakan semoga semua proses berjalan lancar. Aamiin.. Manusia memang tak lari dari kesilapan.

  2. av says:

    I pay a quick visit every day a few web pages and blogs to read content, except this web site provides feature based writing.

  3. Panca delima says:

    Kahwin aje lah dengan azwan ali. Huhuhu

  4. almostsame says:

    20 years is not a short period to hold on. Maybe kak ZZ always said to herself “no one perfect” i have to give him ANOTHER then ANOTHER chance till she had enoughhh! too many chances given. Betullah kata org once a perempuan dah tawar hati, kau lelaki merayu airmata darah pun, she will never turn back. Same prob with my situation right now. My family about to torn apart cuz my mom had enough of my dad’s temper and suka memaki type. but tidak pernah lah smpi kes dera.caring sgt my dad. just mmg suka memaki n ego. 29 years of marriage. and finally she said” 29 years i think about others (childrens) now it’s time to think about myself” apa2pun mohon doakan my family still can be save n my dad berubah perangai. Aamiinx44

    • naz77 says:

      sama la dgn kes mak kita da 25 tahun ramai yang kata kenapa xbecerai dari dulu tapi sebenarya sebab anak dan family xnak support dia. kesian bila anak da kawin da kerja masih xberubah cemburu buta suka maki hamun… hari2 cari pasal begaduh. sekarang mak kita da happy dgn kehidupan dia… kalau ditaya balik mmg xnak dia balik semula.

    • Almostsams says:

      May i know macam mana penerimaan awak sebagai anak? Do you supported your mom? I mean financially? And do u provide home as well? In my case, kami adik beradik pun ada family masing2, nak kata support boleh tapi takut my mom yg rasa tak cukup. Like now takde la nak byk bagi sbb rumah sndri. Tapi kalau dia dah cerai, nak kena provide rumah. Additional cost lagi ? many things to think

  5. Anonymous says:

    ya allah kak..mcm mn lah ZZ boleh bertahan dan bersabar selama tu..sy yg 5 6 thn mental abuse pun dh tak tahan..kadang2 kita ingat ujian kita yg paling hebat tapi ada lg yg diuji lebih hebat.moga allah permudahkan lah segala urusan mu kak..amiinn.

Loading...