Ziana Zain Belum Mahu Komen Isu Suami Cederakan Anak

Hiburan

Ziana Zain Belum Mahu Komen Isu Suami Cederakan Anak

Semalam kita dikejutkan dengan berita suami kepada penyanyi terkenal Ziana Zain iaitu Armin Zahari yang ditahan dan didakwa di mahkamah kerana memukul anaknya sehingga luka dan lebam ketika mahu mengajar anaknya mengaji dan solat.

Advertisement

Apa yang menjadi persoalan kini, apakah sebenarnya yang berlaku apatah lagi Ziana sendiri yang membuat laporan polis terhadap suaminya itu.

Diasak dengan pelbagai soalan dan tercetusnya pelbagai spekulasi termasuk rumah tangga mereka dikatakan bermasalah, Ziana bagaimanapun belum mahu memberikan sebarang komen berhubung isu terbabit.

Saya perlukan ruang seketika dan berserah kepada Allah.

Terdahulu, Armin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut. Tindakannya itu atas dasar tanggjungjawabnya sebagai seorang bapa. Namun, difahamkan kejadian itu berlaku pada jam 4 pagi 25 Februari lalu dan kenyataan Armin itu diragui oleh sesetengah pihak.

Buat masa ini kita tidak boleh buat sebarang andaian dan Ziana juga sedang tertekan dengan isu ini. Kita nantikan sahaja perkembangan lanjut kes tersebut.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...