Apa yang menjadi persoalan kini, apakah sebenarnya yang berlaku apatah lagi Ziana sendiri yang membuat laporan polis terhadap suaminya itu.
Diasak dengan pelbagai soalan dan tercetusnya pelbagai spekulasi termasuk rumah tangga mereka dikatakan bermasalah, Ziana bagaimanapun belum mahu memberikan sebarang komen berhubung isu terbabit.
Saya perlukan ruang seketika dan berserah kepada Allah.
Terdahulu, Armin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut. Tindakannya itu atas dasar tanggjungjawabnya sebagai seorang bapa. Namun, difahamkan kejadian itu berlaku pada jam 4 pagi 25 Februari lalu dan kenyataan Armin itu diragui oleh sesetengah pihak.
Buat masa ini kita tidak boleh buat sebarang andaian dan Ziana juga sedang tertekan dengan isu ini. Kita nantikan sahaja perkembangan lanjut kes tersebut.