Zed Zaidi Persoal Program Raya Lakonan Randy Pangalila

Hiburan

Zed Zaidi Persoal Program Raya Lakonan Randy Pangalila

Tahukah anda bahawa pada Hari Raya ketiga telah ditayangkan sebuah program yang bertajuk Randy! Oh My Raya menerusi saluran Astro Ria. Pelakon utama drama ini tidak lain tidak bukan ialah Randy Pangalila yang berasal dari Indonesia. Zed Zaidi ternyata sangat-sangat kecewa dengan perkembangan ini dan mempersoalkan status Randy yang tidak berdaftar dengan SENIMAN.

randy zed zaidi

Advertisement

Abang Nara pun agak pelik bagaimana boleh wujudnya program raya yang ditunjangi oleh seorang pelakon lelaki yang asalnya daripada Indonesia sedangkan ramai lagi pelakon lelaki Malaysia yang berbakat. Abang Nara juga baru tahu yang setiap pelakon luar perlu berdaftar sebagai ahli bersekutu SENIMAN sebelum dibenarkan berlakon di Malaysia.

randy zed zaidi

Menurut Zed Zaidi, Randy Pangalila tidak tersenarai namanya sebagai ahli bersekutu SENIMAN. Setahu Abang Nara, Randy sebelum ini sudah banyak membintangi drama-drama tempatan. Adakah selama ini syarat ini dipandang remeh oleh pengarah-pengarah drama yang mahukan pelakon luar membintangi drama mereka? Abang Nara tidak pasti tentang hal ini tetapi sesuatu harus dilakukan sebelum kebanjiran pelakon-pelakon luar menutup periuk nasi pelakon tempatan. Apa kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...