Zarina Zainuddin Ditengking Dan Dihalau Peniaga Biadap

Hiburan

Zarina Zainuddin Ditengking Dan Dihalau Peniaga Biadap

Persaingan dalam perniagaan ialah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ia ialah adat berniaga tetapi jika tidak sukakan persaingan, janganlah bersikap kurang ajar. Lebih menyedihkan, ia dilakukan oleh individu sebangsa dan seagama.
Melalui akaun Instagramnya, pelakon Zarina Zainuddin telah ditengking dan dihalau ketika berniaga pulut dan rendang di Dataran Lumut, Perak oleh seorang peniaga lain yang tidak senang dengan kehadirannya untuk berniaga di situ:

Assalamualaikum

Semalam saya berniaga pulut di Dataran Lumut kena halau dgn orang orang yang sama meniaga disana..bising bising dia cakap tapak tu dah disewa untuk semua peniaga sana.

Saya baru sampai di sana dan tak tahu nak ke mana jadi saya pun duduk sebentar dgn Azil ditepi bucu. Ada tempat duduk di situ. Sementara tengok handphone saya, customer saya dah sampai, nak tahu Kak Ina kat mana.

Sebab tak ada parking saya turun dulu suruh adik saya parking kereta.

Tetiba datang seorang peniaga buah buahan suami isteri marah marah kat saya, suruh angkat pulut saya di situ.

Bagi lah salam bang, tiba-tiba menjerit, saya dahlah dengan Azil tak tentu arah jadinya. Kita ini orang Melayu jangan berdengki sama sendiri.

Awak jual buah, saya jual pulut, jauh tu baru jer ingat nak beli buah rambutan yang awak jual tu kawan saya @umieaida9 suka rambutan.

Awak nak marah pun jangan tengking-tengking orang. Customer saya tengah nak beli pun dia halau. Last-last saya dapat satu parking kereta, isterinya datang beli pulut saya pastu tanya saya lagi lepas ni nak ke mana jual pulut?

Kakak tu pun suggest tempat untuk saya jual pulut saya takpe lah saya sedekahkan semua pulut itu pada orang-orang yang ada, hari dah malam .

Saya datang nak beli ikan bilis mata biru di Lumut, nak buat menu baru sambal ikan bilis dengan petai dan pulut kuning. Kalau berdengki macam ni sampai bila pun kita tak boleh maju. Melayu le tu yea..orang Melayu.

Saya dapat pahala bagi orang makan semalam .. Allhamdulillah

Duit boleh cari bang atitude tak boleh beli ..ia lahir dari jiwa yang tulus..walau kadang -kadang ada orang mengata kita kat belakang ..Rezeki Allah bagi

Semoga abang tu dapat membersihkan hatinya .. Arini saya berpuasa semperna hari terakhir tahun ini ..puasa ganti daa..hihihi..

Advertisement

Walaupun tidak menjana keuntungan dan mungkin telah mengalami kerugian, sekurang-kurangnya Zarina telah mendapat pahala menyedekahkan makanan kepada orang ramai.

Betul juga, berniaga pun lain-lain produk, kenapa mesti berdengki dengan orang lain? Masalah orang tidak senang kita berniaga di tempat tertentu ini memang telah lama berlaku dalam masyarakat kita. Kalaupun Zarina tidak sepatutnya berniaga di situ, peniaga tersebut sekurang-kurangnya boleh menegur dengan baik, bukan? Apa pendapat anda? – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...