Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai luahan hati segelintir artis yang ingin meminta bantuan kerajaan kerana ada penggiat seni terjejas sumber pendapatan kerana tiada kerja susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Isu tersebut turut mendapat perhatian ramai artis termasuklah Zarina Anjoulie yang tidak bersetuju dengan cadangan beberapa rakan artis yang meminta bantuan kerajaan.
Menurutnya, artis sepatutnya memohon bantuan daripada persatuan seni seperti Persatuan Seniman atau mana-mana rakan selebriti.
“Tayang kemewahan macam kaya raya, tapi you guys have nothing”
View this post on InstagramAdvertisement
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram, Zarina mengkiritik rakan artis yang meminta bantuan kerajaan, sedangkan mereka sebelum ini memperoleh pendapatan beribu-ribu ringgit dan menayangkan gaya hidup mewah di media sosial.
Netizen sokong Zarina berani bersuara
Rata-rata netizen sokong dengan kenyataan Zarina itu dan memuji dia berani bersuara. Mereka berpendapat kerajaan harus mengutamakan rakyat yang lebih memerlukan ketika saat genting disebabkan penularan wabak COVID-19.
Terdahulu, penyanyi Black Hanifah berkata lanjutan pelaksanaan PKP sehingga 14 April ini menjejaskan periuk nasi penggiat seni, dan berharap agar kerajaan memberi bantuan khusus kerana para artis sebelum ini sudah banyak membantu negara. Namun, kenyataannya itu menerima kecaman hebat di media sosial kerana netizen menganggap lebih ramai rakyat yang hidup susah dan daif di luar sana memerlukan bantuan berbanding golongan selebriti.

April
March 30, 2020 at 10:01 am
Sbnrnya artis ni xfhm ke buat2 xfhm… PM da bgtau semua RAKYAT MALAYSIA.. So trg2la pengiat seni termasuk skali. Xkan nk sebut bntuan khusus utk pengiat seni pulak..
S.O.S signal aka Fans EXIT
March 30, 2020 at 6:47 am
Amik kena setepek dengan si Zarina nie !!
Anonymous
March 29, 2020 at 9:50 pm
Xkisah lh dia ckp khas utk retis yg xblh brsuara tu kerajaan dh bg bantuan mohonlh isi borang pi beratur sna xde positive side ni, ni semua hanya utk nk berlagak, nak kena lyn mcm askar kononnya.. Cehhhh