Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zarina Anjoulie Sindir Artis Tayang Harta Mewah Tapi Minta Bantuan Kerajaan

zarina anjoulie sindir artis minta bantuan kerajaan

Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai luahan hati segelintir artis yang ingin meminta bantuan kerajaan kerana ada  penggiat seni terjejas sumber pendapatan kerana tiada kerja susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

zarina anjoulie sindir artis minta bantuan kerajaan

Advertisement

Isu tersebut turut mendapat perhatian ramai artis termasuklah Zarina Anjoulie yang tidak bersetuju dengan cadangan beberapa rakan artis yang meminta bantuan kerajaan.

Menurutnya, artis sepatutnya memohon bantuan daripada persatuan seni seperti Persatuan Seniman atau mana-mana rakan selebriti.

“Tayang kemewahan macam kaya raya, tapi you guys have nothing”

Advertisement

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram, Zarina mengkiritik rakan artis yang meminta bantuan kerajaan, sedangkan mereka sebelum ini memperoleh pendapatan beribu-ribu ringgit dan menayangkan gaya hidup mewah di media sosial.

zarina anjoulie sindir rakan artis minta bantuan kerajaan

Netizen sokong Zarina berani bersuara

zarina anjoulie sindir artis minta bantuan zarina anjoulie sindir artis minta bantuan kerajaan zarina anjoulie sindir artis minta bantuan kerajaan

Rata-rata netizen sokong dengan kenyataan Zarina itu dan memuji dia berani bersuara. Mereka berpendapat  kerajaan harus mengutamakan rakyat yang lebih memerlukan ketika saat genting disebabkan penularan wabak COVID-19.

Terdahulu, penyanyi Black Hanifah berkata lanjutan pelaksanaan PKP sehingga 14 April ini menjejaskan periuk nasi penggiat seni, dan berharap agar kerajaan memberi bantuan khusus kerana para artis sebelum ini sudah banyak membantu negara.  Namun, kenyataannya itu menerima kecaman hebat di media sosial kerana netizen menganggap lebih ramai rakyat yang hidup susah dan daif di luar  sana memerlukan bantuan berbanding golongan selebriti.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. April

    March 30, 2020 at 10:01 am

    Sbnrnya artis ni xfhm ke buat2 xfhm… PM da bgtau semua RAKYAT MALAYSIA.. So trg2la pengiat seni termasuk skali. Xkan nk sebut bntuan khusus utk pengiat seni pulak..

  2. S.O.S signal aka Fans EXIT

    March 30, 2020 at 6:47 am

    Amik kena setepek dengan si Zarina nie !!

  3. Anonymous

    March 29, 2020 at 9:50 pm

    Xkisah lh dia ckp khas utk retis yg xblh brsuara tu kerajaan dh bg bantuan mohonlh isi borang pi beratur sna xde positive side ni, ni semua hanya utk nk berlagak, nak kena lyn mcm askar kononnya.. Cehhhh

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top