May 23rd, 2020

Masih ingatkah anda apabila Zarina Anjoulie dan Amyza Adnan bertelingkah dek isu segelintir daripada selebriti menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pengumuman Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang seperti meminggirkan golongan penggiat seni.

Susulan daripada itu, Zarina Anjoulie atau pun Anju menggotakan janjinya dan telah menfailkan saman fitnah RM3 juta ke atas Amyza Adnan pada 23 April lepas.

zarina anjoulie saman amyza aznan

Kisah bermula apabila Anju menangkis permintaan sesetengah artis tempatan yang ‘demand’ bantuan khas diberikan kepada mereka kerana kononnya komuniti itulah yang menghiburkan rakyat.

Oleh kerana Anju yang juga merupakan artis tetapi tidak sehaluan dengan pemikiran dan harapan mereka, satu ruang sembang khas di aplikasi Telegram telah ditubuhkan dengan nama ‘BANTUAN COVID-SENI 2020’. Bahkan kumpulan itu telah disertai oleh 819 penggiat seni termasuklah Amyza.

Menurut Anju, Amyza telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah mengenainya di dalam ruang sembang tersebut sehingga mempengaruhi ahli lain. Malahan wanita itu turut dituduh memuat naik satu entri yang mengaibkan diri Anju menerusi laman Instagram miliknya.

zarina anjoulie saman amyza aznan

Daripada fitnah yang ditaburkan itu, Anju terpalit dengan kutukan mengatakan bahawa dia berperangai buruk, tidak bertanggungjawab, berpura-pura baik, selain dikatakan selalu mengkritik artis-artis lain.

Disebabkan oleh kewujudan ruang sembang yang dipenuhi dengan cacian terhadapnya, Anju mendedahkan bahawa dia megalami kemurungan akibat dimalukan selain mendakwa reputasinya turut tercalar kerana tuduhan tidak berasas mereka.

Dengan saman ini, Anju memfailkan saman berjumlan RM3 juta dan juga permohonan maaf daripada Amyza malahan dia juga dihalang daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah lagi pada masa akan datang.

Sumber: BERNAMA


2 responses to “Zarina Anjoulie Saman Fitnah Amyza Aznan RM3 Juta”

  1. REPUTASI NYA SEBAGAI BANDUAN PENJARA KAJANG, MAK AYAM, PELACUR MURAHAN, PENAGIH SYABU, PENGAMAL MAKSIAT DAN ZINA SERTA MENONGGANG AGAMA DAN KERJA AMAL UTK MENGABURI NETIZENS LEMBU, TERCALAR GAESSSSSS….

    HARITU SIBUK NAK NIKAH DGN PSGN ZINA, APA CERITA?

  2. Anonymous says:

    Memang artis malaysia ne banyak kan kaya saman orang ke? Bukan hasil usaha sendiri?

Loading...