Zarina Anjoulie Hentam Pakar Buah Pinggang, Minta Buat Ceramah Percuma Untuk Pengasas Produk

Zarina Anjoulie Hentam Pakar Buah Pinggang, Minta Buat Ceramah Percuma Untuk Pengasas Produk

Di era media sosial ini, ramai mengambil peluang berniaga, terutamanya produk seperti suplemen dan rangkaian penjagaan kulit. Ia laku bak pisang goreng panas dan ramai juga dalam kalangan mereka ini terdiri dari selebriti.

Zarina Anjoulie ialah antara selebriti yang melibatkan diri dalam perniagaan produk kecantikan di media sosial. Terbaru, Zarina telah mengeluarkan kritikan pedas terhadap pakar buah pinggang yang aktif menimbulkan kesedaran mengenai bahaya suplemen Internet di media sosial, Dr Rafidah Abdullah berikutan kebanjiran ‘produk-produk sampah’ di pasaran yang diasaskan oleh ‘pengasas sampah’. Keselamatan produk-produk ini kepada pengguna tidak dapat dipastikan.

Advertisement

Berikutan itu Zarina telah memuat naik satu tulisan ke Instagramnya, mengkritik keras Rafidah dan meminta pengamal perubatan itu membantu pengasas memajukan diri dengan memberi ceramah secara percuma kepada pengasas.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Zarina turut menggelar Rafidah ‘manusia sampah’ dan megenakan ‘harga yahudi’ untuk diagnosis pesakit yang medapatkan rawatan.

Tulisan Zarina menjadi viral di Twitter dan menyebabkan dirinya dikritik Netizen.

Malah ada yang meminta Rafidah mengambil tindakan undang-undang terhadap Zarina kerana memfitnah (tentang cas harga yahudi, kerana Rafidah bekerja di hospital kerajaan dan tidak mengenakan harga bagi pihaknya).


Tulisan itu kini tidak kelihatan lagi di Instagram Zarina, dipercayai sudah dipadamkan. – beautifulnara.com

Sumber: Injang Nation

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...