Zara Zya Nafi Gosip Ada Hubungan Cinta Dengan Pengkid

Hiburan

Zara Zya Nafi Gosip Ada Hubungan Cinta Dengan Pengkid

Baru sahaja peminat sedang memuji betapa manisnya pasangan Zara Zya dan Hafreez Adam bersama, kini timbul gosip mengatakan percintaan mereka itu hanya pura-pura sahaja.

Advertisement

Zara dikatakan hanya mempergunakan Hafreez semata-mata ingin menutup kontroversi bercinta dengan seorang pengkid yang juga pengurus beliau.

Bagaimanapun, aktres yang kini dikenali menerusi drama Mona Lisa dengan tegasnya menafikan tuduhan liar tersebut. Menurut Zara, beliau tidak pernah menjalinkan hubungan intim dengan pengurusnya itu dan mereka rapat hanya atas dasar kerja sahaja.

Segelintir kita ni kalau nampak orang tu berdua, tak kisah jantina apa tetap akan cakap mesti ada sesuatu antara mereka. Nak-nak zaman sekarang ini golongan pasangan sejenis lebih terbuka. Jadi, mereka yang melihat suka membuat spekulasi sendiri.

Saya berani jawab, saya memang berkawan dengan pengurus saya sebab kami pun bekerja bersama dan takde istilah kami ada hubungan. Mungkin sebelum ini orang kata saya bercinta dengan pengurus sendiri sebab saya tak ada kekasih.

Bersabarlah Zara, mungkin pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah itu sebenarnya cemburu melihat kebahagiaan anda bersama Hafreez.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...