Zara Zya Berang Biskutnya Dibuat Main Ketika Shooting Iklan, Peminat Kata ‘Marketing’ Tak Jadi

Hiburan

Zara Zya Berang Biskutnya Dibuat Main Ketika Shooting Iklan, Peminat Kata ‘Marketing’ Tak Jadi

Pelakon Zara Zya meluahkan rasa berang apabila biskut air tangannya dibaling-baling oleh seorang individu bernama Redza Farhan yang dipercayai sedang melakukan video promosi produk makanan tersebut.

Zara ZyaSumber : Instagram Zara Zya  

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia,36, tampil menyifatkan tindakan individu tersebut sebagai keterlaluan kerana berlaku pembaziran terhadap makanan yang dihasilkannya itu.

Advertisement

Dalam video tersebut, Zara memarahi lelaki berkenaan kerana telah membaling biskut tersebut yang sudah dipecahkan kepada saiz yang lebih kecil.

View this post on Instagram

A post shared by ZaraZya (@zarazya)

“Yang awak baling ni makanan. Bukannya saya dapat percuma. Saya buat sendiri. Penat tau tak. Tak payah membazir macam ni. Ingat senang ka? aku buat cookies tu sampai malam tau. Aku dah cakap jangan baling kan?”

Kemudian, Redza membalas pernyataan Zara yang mengatakan dia hanya ingin melakukan seperti iklan komersial seperti di televisyen.

View this post on Instagram

A post shared by ZaraZya (@zarazya)

Zara yang  kelihatan terkejut akibat terkena pecahan biskut tersebut kemudiannya bangun dan berlalu pergi dengan keadaan marah.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat serta pengikut media sosial Zara turut merasakan perkara yang sama dan tidak berpuas hati kerana benda yang dibaling-baling itu adalah makanan dan rezeki daripada Allah S.W.T.

View this post on Instagram

A post shared by AbamYezza (@redza_farhan)

Namun ada juga yang beranggapan itu semua hanyalah sekadar lakonan semata-mata untuk tujuan promosi dan ‘marketing’ yang telah pun dirancang oleh Zara Zya.

“Zaman sekarang marketing merepek perlu ada untuk lariskan sesebuah produk walaupun hambar..” tulis seorang pengguna media sosial.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...