Zamani Tidak Tarik Diri Dari GV5 Kerana Maruah Dan Tanggungjawab

Hiburan

Zamani Tidak Tarik Diri Dari GV5 Kerana Maruah Dan Tanggungjawab

Konsert Gegar Vaganza mingg ke 5 lalu memberikan kesan yang amat mendalam buat penonton GV 5 saat penyanyi Zamani Slam hanya mampu diam dan terkaku kerana gagal melontarkan suaranya. Macam-macam juga isu yang timbul termasuklah ada pihak mempersoalkan mengapa Zamani tidak mahu tarik diri sedangkan peti suaranya sudah koyak?

Advertisement

Ego lelaki mana tidak tercabar apabila dihimpit dengan pelbagai kata-kata serta kritikan orang ramai, tetapi Zamani tetap meneruskan perjuangannya di GV5 atas rasa tanggungjawab.

Jika saya fikirkan tentang maruah seorang penyanyi memang rasa nak tarik diri tapi saya tolak ketepi ego. Saya fikir tentang tanggungjawab yang saya galas dalam pertandingan ini. Saya faham ia sesuatu yang memalukan bila tidak dapat menyanyi dalam satu pertandingan dan ia sangat mengecewakan peminat. Tapi bila fikir balik tindakan saya itu betul.

Zamani akui, beliau merasa sangat kecewa atas kegagalannya untuk menyanyi lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta itu dengan baik. Ibarat beliau sudah menghampakan peminatnya yang sering menyokong beliau.

Saya kecewa, saya bukan seorang yang senang nak menangis terutamanya di atas pentas, tapi malam itu saya sangat sebak dan kecewa. Peminat terlalu berharap untuk saya menyanyi dan saya sendiri tidak tahu kenapa suara saya hilang tiba-tiba.

Memang ramai yang meminta Zamani untuk tarik diri sebelum ini termasuklah juga penyanyi Datuk Jamal Abdillah. Namun, kami cukup menghormati semangat dan rasa tanggungjawab yang ada dalam diri beliau untuk tetap beraksi di pentas GV5. Tidak semua orang sekuat beliau lebih-lebih lagi selepas menerima pelbagai kritikan.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Remy Daud

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...