Zahirah Macwilson Sudah Mahu Kahwin?

Hiburan

Zahirah Macwilson Sudah Mahu Kahwin?

Sebelum ini, ada khabar angin mengatakan Zahirah Macwilson sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang ahli perniagaan dan bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Datuk Nik Izani selepas foto mereka berdua menikmati makan malam dengan aksi mesra mula tersebar di media sosial.

Advertisement

Tebaru, Cik Pang menerusi Harian Metro memberitahu Nik Iruwan sangat serius dengan hubungan percintaan mereka dan sudah bersedia untuk memperisterikan Zahirah. Malah, keluarga jejaka tersebut juga sudah bertemu dengan Zahirah dan memberikan restu.

Walaupun mereka baru bercinta, ada berita gembira yang sampai ke pengetahuan Cik Pang. Khabarnya kekasih Zahirah sangat serius dengan hubungan yang terjalin antara mereka.

Dia mahu menikahi Zahirah secepat mungkin dan kalau boleh dalam tahun ini juga. Bagaimanapun perancangan itu terpaksa ditunda kerana Zahirah harus menyelesaikan beberapa projek yang sudah dipersetujui sebelum ini. Keluarga kekasih Zahirah, katanya sudah bertemu dengan pelakon jelita itu dan mereka tiada halangan sekiranya mereka mahu berkahwin.

Jika berita ini benar, apa salahnya untuk mempercepatkan benda yang baik apatah lagi kalau sudah serasi bersama dan menyayangi antara satu sama lain. Apa yang penting sudah dapat restu keluarga juga. Semoga segalanya dipermudahkan buat Zahirah dan kekasihnya.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...