Zahirah Macwilson Reda Jika Zul Ariffin Kembali Ke Pangkuan Bekas Kekasih

Zahirah Macwilson Reda Jika Zul Ariffin Kembali Ke Pangkuan Bekas Kekasih

Percintaan antara pelakon kacak Zul Ariffin dan pelakon jelita Zahirah Macwilson bukan satu rahsia walaupun keduanya tidak begitu mencanangkan mengenai percintaan mereka. Ada yang mendakwa hubungan mereka pernah putus pada satu ketika, namun kini Zul juga mengakui perhubungan mereka sering putus dan bersambung semula.


Kini keduanya berpatah arang dan menyatakan tidak akan kembali ke pangkuan masing-masing malah Zahirah mengatakan telah move-on dari perhubungan mereka yang berlangsung tiga tahun. Kepada Harian Metro, Zahirah memberitahu:

Advertisement

Saya tidak mahu memburukkan sesiapa. Malah, apa yang lebih penting saya tidak berdendam dan benci Zul. Kalau dia nak burukkan saya, silakan.

Sejujurnya, saya tidak sedih pun. Saya okay saja. Sepanjang tiga tahun bercinta macam-macam saya lalui. Namun, saya tidak mahu berkongsi kerana ia terlalu peribadi.

Buat masa sekarang, saya ingin fokus kepada kerjaya. Alhamdulillah, sepanjang tahun ini jadual kerja padat. Malah, saya tidak terfikir lagi untuk berlakon dengannya jika ada tawaran.

Biarlah saya simpan segala kenangan yang pernah kami lalui bersama. Kalau betul saya berperangai buruk seperti diperkatakannya, saya doakan dia temui wanita yang lebih baik.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Zahirah enggan mengesahkan sama ada benar percintaan mereka terlerai kerana orang ketiga kerana Zul masih berhubung dengan bekas kekasihnya:

Saya tak boleh nak cakap dan buka cerita mengenai perkara ini. Kalau ada yang beranggapan sebegitu, ia terpulang kepada persepsi masing-masing.

Namun, kalau ya pun dia kembali kepada bekas kekasihnya, janganlah burukkan saya. Saya sedar diri.

Dan tidak ada jalan kembali buat pasangan ini:

Tak mungkin saya kembali menerimanya. Saya masih muda dan perjalanan jauh lagi dalam bidang ini. Saya tidak mahu perkara ini mengganggu perjalanan hidup.

Saya sudah ‘move on.’ Malah putus cinta tidak buat saya lemah dan patah semangat. Saya pernah tengok kedua ibu bapa bercerai, inikan pula putus cinta.

Dia masih mengekalkan kenyataan bahawa tuduhan dia berselfie berhampiran jenazah ibu Zul ialah satu fitnah:

Mengenai isu saya selfie di masjid ketika ibunya meninggal dunia tahun lalu, memang tidak wujud langsung. Saya masih waras untuk lakukan perkara berkenaan.

Saya tidak faham kenapa dia nak bangkitkan perkara ini apabila kami putus. Malah, kenapa baru sekarang dia nak mengakui hubungan kami sedangkan sebelumnya dia terlalu berahsia daripada umum.

Adakah sebab nama saya tengah diperkatakan dia buat semua ini? Namun, saya tidak mahu fikir bukan-bukan apa sebenarnya motif dia. Saya hormat dia sebagai pelakon senior dan tidak akan bersaing dengan dia.

Zul berusia 31 tahun manakala Zahirah pula baru mencecah usia 23 tahun. Sebelum ini keduanya dianggap pasangan sama cantik sama padan namun begitu tidak banyak yang dikongsikan mengenai perhubungan mereka dengan peminat. Apa pun, doakan yang terbaik buat mereka berdua. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...