Seseorang yang bergelar artis tidak boleh menidakkan kenyataan bahwa mereka adalah hak masyarakat.Iyalah, tanpa sokongan peminat, mereka mungkin tidak boleh terus ‘hidup’ dalam industri hiburan yang mempunyai cabaran tersendiri. Bukan bakat sahaja yang penting kan?
Namun, tidak dinafikan sikap peminat itu kadang-kala menimbulkan rasa kurang selesa artis pujaan mereka. Terbaru, penyanyi bertaraf antarabangsa Yuna menegur peminat yang suka mengambil gambarnya secara ‘curi-curi’.
Menurut Yuna, jika peminat ingin bergambar dengannya, jangan malu untuk meminta izin terlebih dahulu. Pasti beliau tidak akan menolak perlawaan itu.
Tambah Yuna lagi, peminat yang melakukan perkara itu sebenarnya agak memalukan apabila mereka jelas kelihatan berpura-pura sedang menggunakan telefon selepas kantoi cuba mengambil gambar ataupun videonya.
Bila dah nampak artis depan mata, kami rasa ada yang memang gugup dan terkejut. Tidak pasti untuk menegur ataupun ambil gambar dengan mereka sebab kerenah dan sikap sesetengah artis ini ketika berada di luar memang berbeza sekali.