Youtuber Buat ‘Content’ Anti-Vaksin Babitkan Namanya, Rita Rudaini Amuk Di IG

Hiburan

Youtuber Buat ‘Content’ Anti-Vaksin Babitkan Namanya, Rita Rudaini Amuk Di IG

Pelakon Rita Rudaini ‘mengamuk’ lagi apabila seorang Youtuber bertindak menghasilkan video yang didakwanya seolah-olah menghina pendiriannya untuk tidak mengambil vaksin COVID-19.

Rita Rudaini
2 years ago

"Sori, Lamberttt Lagi.." Ditawarkan Untuk Muncul Di Stesen TV, Rita Rudaini Enggan Jadi Punca Kes COVID-19

Advertisement

Luahan rasa tidak puas hati Rita itu telah dikongsikan aktres ini di ruangan Instagram Story miliknya namun telah dipadam tidak beberapa lama kemudian.

Ujar Rita, Tuhan tidak mengurniakan akal fikiran kepada manusia untuk digunakan bagi mengutuk manusia yang lain.

Tuhan bagi akal dekat kau bro bukan untuk kau guna menghina seseorang. Ramai orang Islam macam ni mencaci cerca orang yang tak vaksin, malu la dekat agama lain bro. Lepas vaksin dah jadi lembu. Tuhan bagi kau jadi manusia tapi pilih nak jadi lembu.

Katanya lagi, sesetengah orang memang akan cuba mencari populariti dengan membuat ‘content’ yang mengarut dan tidak masuk akal.

IG RitaSumber : Instagram Rita Rudaini  

Blogger lembu memang akan buat content bodoh macam lembu. Takat tu je otak mampu fikir. Nak masuk 2022, takat tu je ka. Biasalah blogger sampah, tak nampak macam blogger pun lebih kepada lembu kacuk b*bi.

Terdahulu, Youtuber yang juga pengulas filem itu telah menghasilkan video di mana dia turut mengubah tajuk filem terbaru lakonan Rita yang berjudul Rumah Madu Ku Berhantu kepada Madu Ku Anti Vaksin.

Video tersebut kemudiannya memuat naik video tersebut di platform TikTok untuk tontonan pengguna aplikasi media sosial popular itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Rita Rudaini

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...