“Ye Saya Memang Dah Tua Tapi Sampai Sekarang Masih Tiada Uban” – Che Ta

Hiburan

“Ye Saya Memang Dah Tua Tapi Sampai Sekarang Masih Tiada Uban” – Che Ta

Sebelum ini, pelakon jelita Rozita Che Wan menjadi tumpuan orang ramai selepas video temu bual bersama Media Hiburan menjadi tular di laman Facebook.

Menerusi video tersebut, rata-rata netizen menegur pelakon berusia 49 tahun itu sudah kelihatan semakin berusia kerana wajahnya sudah mula berkedut dan mempunyai garisan penuaan yang ketara.

Advertisement

Baru perasan muka Che Ta dah ada kedut-kedut sikit,” tulis seorang netizen.

Nampak sangat dah tua kan. Baru sedar Che Ta dah berusia rupanya. Tapi tetap cantik” tulis seorang peminat.

Tampil memberi respon, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta berlapang dada menerima kenyataan bahawa usianya kini sudah menghampiri separuh abad.

Ye saya memang dah tua! Tak ada masalah pun sebeb walaupun dah berusia tapi saya masih mampu untuk bekerja.

Jelas Che Ta, dia tidak kisah dengan penuaan kerana itu adalah perkara biasa dan lumrah sebagai manusia.

Berkedut tu memang ada dan pada saya orang muda pun ada kedutan juga cuma sampai sekarang saya masih tak ada uban.

Dalam pada itu, aktres itu turut meluahkan hasrat untuk menutup aurat dengan lebih baik kerana mengakui dirinya masih belum sempurna selain bagi memenuhi permintaan suaminya, Zain Saidin.

Bila dah berusia ni, saya nak tutup aurat dengan lebih baik, kalau boleh saya nak pakai stoking tangan dan kaki. Bila kita asyik kejar dunia, lambat a hendak sampai ke akhirat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rozita Che Wan
2 years ago

“Dah Nampak Kedut-Kedut” - Netizen Tegur Muka Che Ta Dah Nampak Tua

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...