Yang ‘Sendu’ Tu Anda, Kontroversi Sana Sini Sebab Nak Jual Produk – Diana Danielle ‘Sound’ DSV

Hiburan

Yang ‘Sendu’ Tu Anda, Kontroversi Sana Sini Sebab Nak Jual Produk – Diana Danielle ‘Sound’ DSV

Isu Datuk Seri Vida bersama Aishah masih lagi belum reda dan terbaru beliau dihimpit  kontroversi lagi apabila didakwa menghina artis legenda yang menyertai program Gegar Vaganza sebagai ‘sendu’.

Advertisement

Ramai artis menyifatkan apa yang dikatakan oleh DSV agak keterlaluan kerana tidak menghormati sensitiviti golongan artis.

Terbaru, pelakon popular Datin Diana Danielle menerusi Insta Stories turut meluahkan rasa bengang dengan kenyataan DSV. Buat Diana, Aishah mempunyai kelasnya tersendiri manakala yang layak digelar ‘sendu’ adalah jutawan kosmetik itu.

Terdahulu, meskipun dikecam DSV tetap mempertahankan pendapat dan kenyataan beliau bahawa program GV sememangnya bertujuan untuk menaikkan artis ‘sendu’. Beliau juga menyeru artis yang terasa dengan kata-katanya itu bangkit dan jadikan diri mereka lebih dikenali agar tidak ‘sendu’ lagi.

Kredit Foto : alifetimeprojext

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...