“Yang Rakam Ni Tak Boleh Tolong Ke??” – Netizen Kecam Lelaki ‘Record’ Tapi Tak Bantu, Rupanya Sebab…

Kehidupan

“Yang Rakam Ni Tak Boleh Tolong Ke??” – Netizen Kecam Lelaki ‘Record’ Tapi Tak Bantu, Rupanya Sebab…

Tular sebuah video di TikTok baru-baru ini menunjukkan situasi sukar dihadapi seorang penunggang motosikal wanita.

Menerusi rakaman itu, wanita terbabit dilihat terkandas dalam hujan lebat di persimpangan lampu isyarat disebabkan motornya tidak boleh dihidupkan.

Advertisement

pemandu Grab disamun
2 years ago

Pemandu Grab Disamun Berlumuran Berdarah, Netizen Berang Perakam Hanya Rakam Tapi Tak Bantu

Video berkenaan dirakamkan oleh pengguna jalan raya dengan kapsyen sedih kerana dia akui teringatkan isterinya yang juga menunggang motosikal ke tempat kerja.

Dalam hujan lebat, kesian kakak ni. Motor tak hidup. Teringat isteri aku, kerja pun pakai motor.”

Perkongsian lelaki itu bagaimanapun mendapat kecaman segelintir netizen kerana hanya ‘duduk’ di dalam kenderaannya tanpa menghulurkan bantuan.

Ramai mengkritiknya kerana tidak menolong tetapi hanya mengambil handphone untuk merekod situasi tersebut demi content.

Yang rakam video ni tak boleh tolong ke??”

@rd_hairiey2

orang umah aku pom pernah kena macam ni.rakyat malaysia ramai baikhati..siap ada seorang cina berhenti kereta hulur payung.

? Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Bagaimanapun, lelaki itu mempunyai sebab tersendiri kenapa dia tidak dapat membantu wanita berkenaan. Menerusi ruangan komen, ramai yang turut menyebelahinya dan berkata dia sebenarnya merupakan pemandu lori.

Menurut mereka, situasi akan menjadi lebih sukar jika dia turun untuk membantu dan lori dipandunya terhenti di tengah jalan akan menyebabkan jalan sesak.

Dia juga telah menjelaskan bahawa seorang wanita berbangsa Cina telah menghulurkan bantuan dengan memberikan payung unyuk berlindung daripada hujan.

Beberapa individu juga turut mendedahkan bahawa wanita itu sebenarnya telah kehabisan minyak motor dan telah mendapat bantuan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...