Yaashwin Sarawanan Pernah Digelar ‘Human Calkulator’ Kini Terbit Komik Matematik

Kehidupan

Yaashwin Sarawanan Pernah Digelar ‘Human Calkulator’ Kini Terbit Komik Matematik

Korang masih ingat anak muda pertama Malaysia, Yaashwin Sarawanan yang menang Naib Juara Asia’s Got Talent 2019 ? Kebolehannya mengira dalam masa yang singkat mampu memukau mata juri sekaligus menjadi tumpuan dunia pada masa itu sehingga digelar ‘human calculator’. 

Semua orang terkejut dan tidak menyangka yang Yaashwin boleh mengira sepantas itu sama seperti kalkulator sampai dia digelar human calculator.

Advertisement

Oleh itu, Yaashwin membuat inisiatif dengan menerbitkan sebuah komik untuk membantu kanak-kanak dan remaja untuk lebih mudah belajar subjek matematik kerana komik yang diterbitkan ini mampu menarik perhatian kanak-kanak dan para remaja.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang penceramah bebas iaitu @akhifairuz_ di laman Twitter miliknya dimana Yaashwin ada menerbitkan sebuah komik yang memberi perkongsian tentang teknik-teknik yang dia gunakan untuk mengira sepantas kalkulator.

Pengisian buku berkenaan juga cukup menarik dan bersesuaian kepada kanak-kanak dan remaja. Hal ini demikian kerana, kadang-kadang para remaja akan kurang berminat apabila melihat nombor lagi-lagi untuk belajar matematik.

Namun, buku ‘Human Calculator’ ini lain daripada yang lain dimana, pengisian didalamnya mempunyai susunan penceritaan yang baik. Sudah pasti para remaja dan kanak-kanak dapat berhibur sambil belajar dengan buku ini.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...