“Ya Allah Aku Ingatkan Dah Mati”- Nenek Sebak Lepas Dapat Tahu Cucu Selamat Dari Banjir

Kehidupan

“Ya Allah Aku Ingatkan Dah Mati”- Nenek Sebak Lepas Dapat Tahu Cucu Selamat Dari Banjir

Seorang wanita 75 tahun menitiskan air mata kegembiraan apabila cucunya yang disangkakan telah meninggal dunia akibat banjir rupa-rupanya masih hidup.

Melalui perkongsian Ustazah Asma’ Harun di Facebook miliknya, wanita yang dikenali sebagai Aminah Ahmad atau lebih mesra disapa sebagai Tok Aminah tidak dapat menahan sebak apabila dapat bersatu kembali bersama cucunya.

Advertisement

Menurut Ustazah Asma’, ketika itu Tok Aminah sedang ditemu bual dan terdengar ada seorang individu yang memanggilnya dalam nada perlahan dan sebak.

Tok Aminah yang mendengar panggilan itu, lantas menoleh ke belakang dan tiada kata yang dapat diucapkan selain bersyukur terhadap Allah SWT kerana menyelamatkan cucunya daripada bencana itu.

Selain itu, Tok Aminah juga sempat berkongsikan detik-detik cemas ketika air banjir masuk ke dalam rumahnya sehingga paras pinggang membuatkan dia susah untuk bergerak menyelematkan diri sendiri.

Tok Aminah berkata bahawa dia telah bersedia menghadapi kematian dan memberitahu dia telah membuat simpanan untuk pengurusan jenazahnya termasuk beberapa helai kelengkapan kain kafan.

Perkongsian Tok Aminah tersebut membuatkan Ustazah Asma’ Harun terinspirasi dan mengagumi akhlak warga emas yang sangat terpuji itu.

2 years ago

“Hidup Bukan Hanya Atas Logik Akal”- Tular Gadis Berhijab Suka Menari Kpop, Ustazah Asma Harun Beri Teguran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...