X-Ray Kesan Hilang Ingatan, Pengarah Drama Mona Lisa Akui Kesilapan

Hiburan

X-Ray Kesan Hilang Ingatan, Pengarah Drama Mona Lisa Akui Kesilapan

Sebelum ini sudah beberapa drama Melayu dikecam dan dijadikan bahan ketawa netizen gara-gara menggunakan fakta perubatan yang kurang tepat serta tidak logik. Perkara ini terus berulang sehingga membuatkan penonton sudah bosan dengan kualiti drama tempatan.

Advertisement

Kali ini, drama Mona Lisa pula melakukan kesilapan yang sama.  Drama tersebut mula menerima kritikan apabila ada babak seorang doktor mengesahkan pesakit sudah hilang ingatan hanya berdasarkan imbasan X-Ray sahaja.

Tentunya ia mendapat komen negatif daripada netizen yang menganggap drama melayu “sampah” serta penulis skrip tidak profesional kerana tidak membuat kajian terlebih dahulu.  Mereka turut membandingkan dengan drama luar negara yang cukup teliti apabila melibatkan jalan cerita berunsur perubatan. Penuh dengan fakta yang betul dan pada masa yang sama memberikan ilmu pengetahuan kepada penonton.

Isu ini juga mendapat perhatian Dr Beni Rusani yang menjelaskan imbasan X-Ray tidak boleh menentukan seseorang itu mengalami masalah hilang ingatan dan hanya boleh melihat keadaan tengkorak manusia sahaja.

Bagaimanapun, pengarah drama Mona Lisa, Shahrul Ezad tampil memohon maaf atas kesilapan tersebut dan menjadikan isu ini sebagai satu pengajaran untuk membaiki kelemahan serta

Ini adalah kesilapan yang tak sepatutnya berlaku. Bila saya rujuk kepada pengarah bersama Uchee Fukada, dia mengaku akan kecuaian. Bila tanya dia ada refer mana-mana nasihat tak sebelum shoot? Dia jawab dia ada rujuk kepada penulis skrip. Sekali lagi saya tepuk dahi sebab yang kau tanya penulis skrip itu buat apa? Dia orang bukannya doktor.

Diorang sendiri pun kadang-kadang tak faham apa yang diorang tulis. Main bantai translate daripada episod asal dari Korea. Kepada penonton saya mewakili seluruh team mohon ampun dan maaf sekiranya dikatakan ambil mudah soal ini.

Seharusnya penghasilan drama ataupun filem tempatan haruslah dikaji dengan lebih mendalam agar karya yang dihasilkan lebih berkualiti.  Kalau masih melakukan perkara yang sama, penonton pasti akan hilang minat untuk menonton drama Melayu.

Sumber Berita : mStar Onlinenuraqidahajeera

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...