“Woii Ni Mak Aku..” – Ibu Dituduh Curi Pokok Di Pameran Floria Putrajaya, Anak Tampil Beri Penjelasan

Kehidupan

“Woii Ni Mak Aku..” – Ibu Dituduh Curi Pokok Di Pameran Floria Putrajaya, Anak Tampil Beri Penjelasan

Tular di media sosial semalam mengenai ciapan seorang individu yang mendakwa sesetengah pengunjung telah bertindak untuk membawa balik pokok bunga secara ‘mencuri’ di karnival Royal Floria Putrajaya yang berlangsung di Taman Botani Putrajaya pada ketika ini.

Dalam hantaran tersebut, individu itu turut memuat naik foto seorang wanita yang mengangkut pokok-pokok hiasan untuk dibawa pulang.

Advertisement
TwitterSumber : Twitter  

Pada mulanya, ciapan tersebut menerima respon yang rata-ratanya mengeji dan mengutuk tindakan wanita itu serta pengunjung lain yang tidak bertanggungjawab mencuri pokok-pokok hiasan yang dipamerkan di karnival itu.

Namun, tidak lama setelah ciapan itu menjadi ‘viral’, anak kepada wanita yang berada dalam foto tersebut tampil menepis dakwaan individu berkenaan.

Kata @amirashrafwz, ibunya bukan mencuri sebaliknya membeli pokok-pokok tersebut daripada sebuah vendor.

Malah, Amir turut mengepilkan resit pembelian dan mengecam kembali individu berkenaan yang sewenang-wenangnya menuduh ibunya mencuri malah menyebarkan perkara tidak benar itu di media sosial pula,

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menggesa agar Amir mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut sebagai pengajaran agar tidak sesuka hati menyebarkan fitnah.

Manakala di satu hantaran yang lain, pihak penganjur Royal Floria Putrajaya turut memberi pesanan mesra buat pengunjung agar tidak mengambil pokok-pokok bunga  yang dipamerkan di Anjung Floria.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

TikTok makan nasi guna kuku
2 years ago

(VIDEO) “Kembang Tekak Kak” - Makan Nasi Pakai Kuku Panjang, Aksi Wanita Ini Buat Netizen Loya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...