“With Abang Sayang..” Muat Naik Foto Berdua, Naim Daniel Dan Iman Troye Bercinta?

Hiburan

“With Abang Sayang..” Muat Naik Foto Berdua, Naim Daniel Dan Iman Troye Bercinta?

Penyanyi lagu Sumpah, Naim Daniel kembali mencuri perhatian netizen apabila dia dilihat telah memuat naik foto berduaan dengan penyanyi baru, Iman Troye.

View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Naim yang juga merupakan seorang pelakon telah mengemaskini hantaran Instagramnya dengan foto tersebut sambil meletakkan emoji berbentuk hati di bahagian kapsyen.

Manakala di Instagram Iman pula, dia turut berkongsi sebuah video tarian TikTok bersama penyanyi lelaki itu sambil mengenakan pakaian sedondon berwarna putih.

Advertisement

“With abang sayang..” tulis Iman di bahagian kapsyen videonya itu.

Justeru itu, ramai peminat mula membuat spekulasi yang mendakwa merea berdua mungkin sedang berhubungan mesra meskipun Naim sebelum ini ada menafikan mengenai perkara tersebut pada media.

Namun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan mengenai dakwaan tersebut kerana kedua-duanya masih mendiamkan diri untuk tampil memberi sebarang respons.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...