“Weh Ko Dengar Jela Dia Luah” – Pemanggil ‘Share’ Rasa ‘Burn Out’ Jaga Anak, Netizen Bengang Cara DJ Respon

Kehidupan

“Weh Ko Dengar Jela Dia Luah” – Pemanggil ‘Share’ Rasa ‘Burn Out’ Jaga Anak, Netizen Bengang Cara DJ Respon

Tular di aplikasi TikTok sebuah rakaman memperdengarkan seorang wanita yang menghubungi sebuah stesen radio untuk meluahkan isi hatinya.

Menerusi perbualannya dengan DJ radio, wanita tersebut berkata dia berasa sangat penat menguruskan anak seorang diri kerana suami bekerja jauh.

Advertisement

Kata wanita itu, dia rindukan kehidupannya ketika masih bujang dan hidupnya sebagai seorang ibu kini membuatkan dia berasa penat bukan sahaja fizikal tetapi juga mental.

Ibu ini turut meluahkan bahawa kadang kala ada timbul perasaan bahawa lebih baik jika anaknya itu tiada di muka bumi.

Kalau tengok anak tu, saya rasa lebih baik kalau dia takde lagi atas muka bumi ini.”

@buletinfm

“Rasa macam kalau takde lebih baik” – Luahan hati Puan Nurul.Hmmm. Anak itu rezeki tapi mungkin puan Nurul ada sebabnya. Doakan yang baik-baik ??#nurul #puannurul #anakrezekiallah

? original sound – Buletin FM – Buletin FM

Namun, dia menafikan berasa menyesal mempunyai anak tetapi keadaannya yang sangat tertekan membuatkan dia berfikir sebegitu.

Penyampai radio tersebut akui sangat terkejut dengan perkongsian wanita itu namun caranya memberikan respon membuatkan netizen marah.

Menjengah ruangan komen, ramai mengkritik penyampai radio berkenaan yang dikatakan bersikap ‘judgemental’.

Ramai yang bersimpati dengan wanita tersebut dan berkata apa yang dirasainya memang betul dan pemikiran seperti itu wujud.

Terutamanya jika seseorang itu berasa terlalu penat atau dipanggil ‘burn out’. Apatah lagi menguruskan anak seorang diri tanpa suami di sisi.

Sesetengah individu turut berkongsi pengalaman dan cerita masing-masing di mana mereka turut mempunyai perasaan yang sama.

Malah, ada yang menceritakan bahawa suami tidak ambil peduli dengan perasaan ‘burn out’ dialaminya.

Masih ramai yang tiada ‘awareness’ dan tidak mengambil berat tentang ‘burn out’ yang kebanyakannya dilalui oleh golongan ibu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

DUKE AERIL ZAFREL
2 years ago

“Tak Ada Simpati” - Dedah Sakit Kulit DUKE Hanya Lakonan, Aeril Zafrel Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...