Wawa Zainal Khuatir Anak Sulung Belum Pandai Bercakap

Hiburan

Wawa Zainal Khuatir Anak Sulung Belum Pandai Bercakap

Ibu bapa mana yang tidak risau sekiranya anak mereka tidak petah berbicara, itulah juga masalah yang dihadapi oleh pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel apabila anak sulung mereka, Ahmad Fakhruddin Attar yang kini sudah berusia empat tahun belum pandai bercakap.

Advertisement

Wawa menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa bimbangnya itu bersama peminat dan memberitahu Attar hanya tahu menyebut empat perkataan sahaja. Wawa pada masa yang sama sempat untuk bertanyakan pendapat serta pengalaman daripada peminatnya yang mungkin turut mempunyai masalah yang sama.

Perkongsian Wawa itu mendapat maklum balas yang positif dan ada yang menyarankan Wawa untuk rajin berbual dengan anaknya agar dapat berinteraksi dengan baik.  Beberapa netizen juga mencadangkan Wawa untuk membawa anaknya bertemu dengan pakar kanak-kanak agar dapat mengetahui masalah sebenar Attar lambat bercakap.

Kami faham perasaan Wawa dan Aeril, apa-apa pun jangan mudah berputus asa untuk mencari jalan penyelesaian dan selalu fikirkan perkara positif, mungkin ada hikmah disebalik ujian yang sedang anda hadapi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...