“Watak Cacat Pun Nak Yang Elok”- Michael Ang Perjelas Realiti Penonton Malaysia Tak Terima Pelakon ‘Tiada Rupa’

Hiburan

“Watak Cacat Pun Nak Yang Elok”- Michael Ang Perjelas Realiti Penonton Malaysia Tak Terima Pelakon ‘Tiada Rupa’

Pengarah tanah air, Michael Ang, berpendapat bahawa penonton di Malaysia merupakan faktor utama layar skrin dihiasi pelakon berwajah elok.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Michael berkata perkara tersebut menyebabkan pelakon yang ‘tiada rupa’ sukar mendapat watak utama kerana stesen TV lebih mengutamakan kemahuan penonton.

Advertisement

Selain itu, beliau menjelaskan itulah realitinya dan tidak bermakna pelakon yang tiada rupa langsung tidak boleh menyinari layar skrin tetapi susah untuk mendapat watak utama seperti ‘hero’ atau ‘heroin’.

Michael Ang menyatakan penonton mahukan pelakon yang ada rupa sehinggakan watak cacat sekalipun perlu dilakonkan oleh pelakon yang cantik dan tampan.

Menurut Michael juga, kebanyakkan penonton tidak akan menonton mana-mana filem atau drama jika hero kepada cerita tersebut tidak kacak walaupun mempunyai bakat yang besar.

Difahamkan, beliau mahu mengetengahkan pelakon yang berbakat besar dan berkaliber berbanding mengukur ketampanan wajah namun terpaksa akur dengan kehendak stesen televisyen yang mengutamakan kehendak penonton.

2 years ago

"Korang Model Ke?" - Pelanggan Viralkan Baju Beli 'Online' Tak Capai 'Expectation', Michael Ang Suruh Cermin Diri Sendiri Dulu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...