Warga Emas 105 Tahun Individu Tertua Di Negara Terima Suntikan Vaksin Covid-19

Kehidupan

Warga Emas 105 Tahun Individu Tertua Di Negara Terima Suntikan Vaksin Covid-19

Beberapa minggu lalu ketika berlangsungnya suntikan vaksin Covid-19 fasa kedua, orang ramai terkejut apabila hampir 10,000 ribu penduduk negeri Kelantan tidak hadir untuk menerima suntikan. Kebanyakkan daripada mereka ialah warga emas dengan pelbagai alasan termasuk masalah kesihatan.

Namun, lain pula terjadi kepada seorang warga emas lelaki yang berusia 105 tahun ini apabila dia menghadirkan diri untuk menerima suntikan vaksin pada Ahad lalu.

Advertisement

Setakat ini, warga emas yang bernama Jaafar Awang Mat dari Kampung Pulong di Kubang Kerian mungkin menjadi individu tertua di negara ini yang menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menurut cucu Jaafar atau lebih mesra dipanggil AyahPa, Noor Azriena Syamsuri Md Nor, datuknya menerima dos pertama suntikan vaksin di PPV di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan.

“AyahPa cuma menghidap asthma, tak ada penyakit lain. Suami saya bawa AyahPa untuk terima suntikan vaksin, manakala saya bawa mak dan ayah yang disuntik vaksin di lokasi berasingan pada hari yang sama”.

Tambahnya, datuknya secara sukarela mahu menerima vaksin Covid-19. Datuknya juga bimbang dengan keadaan kes Covid-19 di Kelantan dengan kebanyakkan kawasan bertukar status kepada zon merah, selain terdapat penduduk kampung yang positif Covid-19.

AyahPa bersama cicitnya

“AyahPa kata dia tenang je ambil suntikan vaksin, tak ada kesan sampingan yang ketara. AyahPa kata dia okay, Alhamdulillah”.

“Alhamdulillah, AyahPa tidak dipengaruhi dengan persepsi negatif. Semoga lebih ramai orang terutama warga emas seperti AyahPa sedia menerima suntikan vaksin”.

Cucunya juga bersyukur datuknya yang dahulu merupakan penjual kuih Lompat Tikam digemari ramai berfikiran positif meskipun lanjut usia.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...