Wanita Tuntut Hutang Dari Teman Lelakinya, Penyanyi Kaki Pukul

Hiburan

Wanita Tuntut Hutang Dari Teman Lelakinya, Penyanyi Kaki Pukul

Seorang wanita melalui rancangan Melodi TV3 menceritakan mengenai seorang penyanyi yang mempunyai hutang dengannya dan dia meminta penyanyi itu membayar semula wang yang dipinjam.

Mengakui penyanyi itu ialah teman lelakinya, wanita yang digelar ‘Miss F’mendakwa hubungan mereka mula bermasalah apabila penyanyi itu terlibat dalam penyalahgunaaan dadah:

Advertisement

Sejak dia ketagih dadah. Tak dapat benda tu dia jadi panas baran. Duit pun dah banyak habis dengan benda tu. Sekarang, saya hanya mahukan duit saya sendiri. Yang memang dia kata dia pinjam, dengan duit rumah dia tak bayar, kereta pun saya bagi dia pakai untuk kesenangan dia cari job, tapi tak bayar.

Sehingga bulan 10, saya let go rumah itu, saya dah tak nak tanggung apa-apa. Kita buat baik pun dia baling **** kat muka kita, lepas tu dia burukkan kita dekat peminat-peminat dia. Dia kata, “perempuan ni memang macam ni. Daripada dulu dia memang suka bunuh kerjaya orang, buka aib orang.”

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Saya kena dera dengan ******, lagipun saya yang sara dia. Saya kerja, saya ada kereta sendiri, rumah, takkan saya nak harapkan duit dia? Saya cari dia untuk minta hutang, untuk selesaikan isu ini baik-baik, tapi kena pukul juga. Kalau dah selesaikan benda ni elok-elok, saya takkan ada dekat sini (Melodi).

Tapi dia maki hamun. BIla saya sekat dia (di media sosial) dia merayu pula untuk buang sekatan itu. Bila kita tidak layan, dia maki hamun kita, maki mak bapak, “mak bapak engkau ****, anjing” whatsoever. Siap sebut nama mak bapak. Dia kata, “unblock aku, anjing.”

Bila saya buat macam tu, pandai pula dia takut, psiko, menangis-nangis. Buat orang dia tak fikir.

Ditanya mengapa dia meneruskan hubungan dengan penyanyi itu, Miss F memberitahu:

Saya fikir dia masih muda dan tak matang lagi. Tak apalah saya bagi dia peluang. Tapi bila kita bagi peluang dia jadi macam ini.

Dia pandai pujuk, pandai merayu. Dia menangis merayu. Saya kasihan.

Miss F juga mengakui yang dia pernah dibelasah oleh penyanyi itu:

Satu badan lebam, tak ada bahagian yang tidak lebam. Kena terajang di perut, kepala dia hentak dekat tingkap kereta, kena tampar, kena pukul.

Miss F mendakwa kes dia dipukul penyanyi itu menjadi kes polis, tetapi setelah keluar dari lokap dia masih memukul Miss F. Tubuh Miss F punya kesan parut yang kekal akibat dipukul.

Penyanyi itu juga pernah menggunakan wang dan kereta Miss F untuk keluar dengan wanita lain. Kini, Miss F mahu move on, dia hanya mahukan penyanyi itu membayar hutang kepadanya. Dakwanya, sedikit demi sedikit pun tidak mengapa.

Melodi tidak mendedahkan siapa identiti Miss F, namun sumber penulis memberitahu penyanyi yang dimaksudkan ialah bekas penyanyi sebuah kumpulan rock popular, manakala Miss F pula beberapa tahun dahulu pernah dikaitkan dengan seorang pelakon kacak yang kini sudah berkahwin dengan wanita lain.  Kesahihannya tidak dapat dipastikan. – beautifulnara.com

Sumber: Melodi @ Tonton

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...