Wanita Ini Hilang 47 Kilogram Dengan Diet Atkins Dalam Setahun. Tak Kenal Maka Tak Cinta!

Trending

Wanita Ini Hilang 47 Kilogram Dengan Diet Atkins Dalam Setahun. Tak Kenal Maka Tak Cinta!

Sejak kebelakangan ini kita sering diberitahu diet Atkins ialah diet yang tidak sihat, tidak sesuai dan bermacam-macam lagi. Bagaimanapun, kebanyakan pernyataan itu datang dari mereka yang tidak faham seepenuhnya mengenai diet Atkins yang mula diperkenalkan oleh seorang doktor iaitu Dr. Robert C. Atkins pada tahun 1972. Bagi mereka yang faham, dan membuat kajian tersendiri mengenai diet tersebut, ia ialah sejenis diet yang efektif dan selamat, serta telah membantu ribuan di seluruh dunia bagi melawan masalah obesiti.

atkiner1Norsannah Hamzah, 31, seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta telah berkongsi dengan kami tentang kejayaannya mengurangkan 47 kg berat dengan drastik, menjadi lebih sihat dan cantik hanya dengan mengamalkan pemakanan Atkins diikuti dengan senaman.

Advertisement

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang bagaimana saya boleh menurunkan berat badan saya dari 100kg ke 53kg iaitu pengurangan sebanyak 47kg. Ditambah pula bila ramai rakan-rakan yang bertanya bagaimana saya boleh berubah secara drastik dan ramai yang beranggapan bahawa saya sakit.

Segalanya berubah apabila saya seringkali mengalami kekejangan otot atau orang Melayu selalu kata ‘Simpul Mengkarung @Biawak’ hampir setiap pagi.

14009973_1420012674691837_1459050638_n

Nafas juga seringkali semput dan badan semua sakit-sakit. Pelbagai produk saya guna tidak menjadi dan juga dikhuatiri akan memberi kesan sampingan.  Saya rasa ia satu wake-up call untuk saya.

2

FB_IMG_1471422596859


Formula Rahsia

Dengan nekad dan keazaman, saya buat kajian  berkenaan Diet Atkins dan cara diet yang betul.  Alhamdulillah pada tahun lepas usaha saya membuahkan hasil. TIADA JALAN PINTAS untuk mencapai apa yang diidamkan. Harus NEKAD+DISIPLIN itulah Formula Rahsia saya.

* Tahun mula DIET May 2015 (100kg)
* Raya July 2015 (72kg)
* Raya July 2016 (53kg)

Screenshot_2016-08-17-16-16-28Screenshot_2016-08-17-16-17-0220160409_104608Screenshot_2016-08-17-16-16-37
Rutin senaman

*Zumba
*Jumping-jacks
*Planks
*Squats

Kekerapan

Zumba 1x seminggu 1 jam
Full plank 30 saat
Elbow plank 30 saat, Jumping jacks 50 x, Squats 50 x (setiap hari)

Diet Atkins: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Induksi dan Fasa 1

Diet Atkins ialah satu jenis diet di mana anda perlu mengehadkan jumlah karbohidrat dalam makanan yang anda ambil untuk sehari. Diet ini dicipta/diformulasi/direka oleh Dr. Robert C. Atkins, seorang doktor yang menjalankan kajian mengenai pemakanan rendah karbohidrat kepada ribuan pesakit diabetes semasa dia hidup.

Dr. Atkins telah meninggal dunia tahun 2004 di usia 72 tahun setelah kepalanya terhantuk pada lantai ais kerana tergelincir ketika berjalan ke tempat kerja (bukan sebab buah pinggang rosak kerana buat diet rendah karbohidrat, itu fitnah semata-mata). Bagaimanapun, diet yang diformulasi oleh beliau (rendah karbohidrat, sederhana protein, tinggi lemak) telah membantu ribuan orang di seluruh dunia untuk mengurangkan berat badan dengan efektif.

Hal demikian, terlebih dahulu, elakkan buat Diet Atkins jika:
1) Anda mengandung
2) Anda menyusukan anak, separuh atau sepenuhnya
3) Anda memang sudah ada masalah buah pinggang.

Dalam program pemakanan Atkins, ada empat fasa yang perlu anda ketahui:

Induksi dan Fasa 1

Induksi ini ialah fasa di mana anda mula berdiet atkins untuk dua tujuan:

1) Membuang lebihan air dari badan anda
2) Mendapatkan ketosis.

Tujuan induction atau induksi dijalankan ialah untuk mengenal pasti sama ada diet ini sesuai dengan anda atau tidak. Selepas dua minggu, jika anda tidak kehilangan berat langsung maka tak ada gunanya anda meneruskan diet ini, bukan? Namun begitu, adalah mustahil anda tidak hilang sekilogram pun dalam masa dua minggu ini jika anda ikut betul-betul peraturannya. Jadi benar, jika anda tidak hilang berat dalam tempoh dua minggu induksi ini, penerangan yang paling logik ialah, anda lakukan induction dengan cara yang salah.

Bagaimana untuk buat Atkins Induction?

Perkara paling penting ialah,
1) Elakkan sebarang makanan berproses
2) Had karbohidrat sehari ialah 20g dan ke bawah.
3) Secara asas, anda tidak dibenarkan makan nasi, tepung dan gula.

Ini bermakna anda perlu makan makanan yang segar sahaja (tiada GST dikenakan). Ini juga bermakna anda perlu mula masak sendiri makanan anda. Mungkin anda perlu membeli peralatan tambahan seperti barangan memasak untuk memasak di pejabat, atau satu lunchbox beberapa tingkat untuk membawa bekal ke tempat kerja.

Makanan yang tidak boleh dan boleh anda makan dalam tempoh induction ialah seperti berikut:-

TAK BOLEH MAKAN:

  • Bijirin (beras, gandum, oat, barley, jagung atau makanan yang diproses dari bijirin atau mengandungi bijirin tersebut (e.g roti, nasi, biskut, mi, bihun, kway teow, gorengan bertepung, nestum, oatmeal, cereal, cornflakes etc.),
  • Sebarang jenis ubi (kentang, keledek, keladi etc) atau makanan yang dihasilkan dari ubi (potato chips, french fries, mashed potatoes, kerepek ubi, suhun, kuih keria, inti karipap dll),
  • Sebarang jenis buah atau makanan yang dihasilkan dari buah, atau mengandungi buah (kecuali avokado 1/2 biji sehari),
  • Sebarang jenis gula dan madu serta makanan mengandungi gula dan madu (seperti sos, air kotak, air tin, air botol),
  • Sebarang jenis kanji (sago, kanji ubi) dan kuah berkanji (sos cili, sos tomato, sos tiram etc),
  • Sebarang makanan berproses (sosej, daging burger, nugget, oblong, dll kalau nak juga kena buat sendiri guna daging segar),
  • Sebarang jenis kacang (almond, kacang tanah, pistachio etc), sebarang makanan diproses dari kacang (kicap, tempe, vegetarian meat, tauhu, tofu etc ),
  • Sebarang jenis tenusu (susu, susu tin, susu kotak, susu segar, yoghurt) atau produk dari tenusu spt dadih (kecuali keju dan cream, low carb sahaja atau pure butter)
  • Dan sebarang jenis seeds (kuaci, chia seeds etc) kecuali flax seed, itupun limit 2 sudu sehari.

BOLEH MAKAN

  • Makan telur, ayam, lamb, kambing, daging lembu, udang, isi ketam dan ikan. Sebiji telur (0.6 carb) yang lain (0 carb),
  • Boleh gunakan semua jenis minyak (minyak masak, minyak bijan, minyak zaitun, minyak kelapa (0 carb)
  • Sukat isi kerang, kepah, sotong, (all mollusk meat ),
  • Sukat bawang, bawang putih, cili. Rempah tulen OK (tiada campuran tambahan),
  • Sukat sayuran berkanji (lobak merah, lobak putih, labu dll)
  • 80% dari carb yg diambil digalakkan dari sayuran daun hijau.
  • Selepas dua minggu, anda boleh tambah bijiran (seeds) dan kekacang (nuts) dalam pemakanan anda, tetapi anda tetap perlu pastikan jumlah karbohidrat yang anda perlu makan dalam sehari masih 18-20g sahaja sehari kalau boleh sehingga anda capai berat ideal anda.

Dan perlu diingat, ini wajib ya, WAJIB= minum 1 liter air masak untuk 25kg berat anda. Saya tetap minum 3 liter sehari walaupun badan saya tak perlukan sebanyak itu.

Bagaimana untuk tahu berapa gram karbohidrat ada dalam makanan?

Cara paling mudah, Google.
Cara untuk mengetahui kandungan karbohidrat sesuatu makanan
1) anda kena tahu nama makanan tersebut dalam bahasa Inggeris
2) katakan anda nak tahu berapa kandungan karbohidrat dalam peria. Dalam bahasa Inggeris, peria =bitter gourd
3) Buka browser, taip url www.google.com.my, taip kunci cari “bitter gourd carb”, kemudian Google akan carikan. Untuk demonstrasi peng’google’an, klik sini. Sama juga dgn makanan yg lain ya. Misalnya nak tahu berapa kandungan karbohidrat dlm kangkung, taip ‘water spinach carb’ kat google. Google akan carikan jawapan. Untuk demonstrasi, klik sini. Selamat mengGoogle.

Secara asas, 18-20g karbohidrat sehari yang anda ambil sepatutnya dari sayur, seeloknya sayur daun hijau macam kale, daun salad, , bayam, kangkung, sawi, kailan, celery, timun jepun dan lain-lain. Elakkan sebarang sayur berwarna merah, ungu atau kuning terlebih dahulu kerana banyak karbohidrat dan sukar ditimbang.

Juga cuba elakkan sayur-sayur Melayu atau ulam orang Melayu seperti pucuk ubi, pucuk paku, petai, pegaga, ulam raja dll sebab carbnya agak tinggi. Begitu juga dengan sayur jenis kekacang macam kacang panjang dan kacang buncis.

Sayur adalah wajib sebab jika anda tak makan sayur, anda mungkin akan menghadapi masalah sembelit. Kalau tak makan sayur, diet Atkins bukan untuk anda.

Untuk maklumat lanjut, sertai Kelab Diet Atkins.

FB_IMG_1471405446446
FB_IMG_1471402948363Sumber: Norsannah Hamzah amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.