Wanita Ini Cerita Pengalaman Beli Kuih Keria Antarabangsa di Melaka, “First and Last”

Trending

Wanita Ini Cerita Pengalaman Beli Kuih Keria Antarabangsa di Melaka, “First and Last”

Disebabkan kewujudan media sosial, sesetengah perniagaan makanan berpeluang untuk menjadi terkenal seantero negara kerana menjadi viral berdasarkan ulasan dan gambar-gambar seorang pengguna media sosial sahaja. Sebelum ini cakoi sira di Johor Bahru dan ABC Kinabalu di Sabah (sekadar menyebut beberapa nama) telah menjadi viral dan ratusan pelanggan telah datang untuk membeli makanan viral tersebut.

keriaanAntara yang viral juga ialah Kuih Keria Antarabangsa yang dijual di sebuah gerai di negeri Melaka. Ianya tidak berbeza dengan kuih keria lain, cuma disira dengan gula melaka yang diperbuat dari pada nira kelapa, tidak seperti kuih keria lain yang disira menggunakan air gula biasa.


Seorang pengguna Facebook, yang enggan dinamakan bagaimanapun mempunyai pengalaman sewaktu membeli kuih keria ini di Melaka. Pengalaman itu dikongsi beliau di laman Facebook miliknya. Ilkuti tulisannya di bawah:

Advertisement

Pengalaman dan pendapat sebagai pembeli kuih keria antarabangsa di Melaka

Jemput baca.

Sampai di kedai tadi jam 12.30 tengahari, encik suami keluar pergi beratur.

Masa itu kedai tak bukak lagi tapi orang yang beratur sudah hampir 60 ke 70 orang dan encik suami di tengah-tengah, dalam orang yang ke 50 macam itu.

Kita duduk dalam kereta sebab terlalu panas encik suami tak bagi ikut, takut pitam. Mak buyung la katakan.

Dalam 45 minit menunggu dalam kereta, encik suami cakap orang sudah makin ramai dan nak beli ada limit hanya 20 ketul untuk seorang.

Kita pun tak sedap hati sebab ya la, ada kakak-kakak dan kawan-kawan yang tengah pregnant di KL teringin nak rasa.

Jadi gigihkan diri keluar dan beratur, jadi kalau encik suami dan kita beratur bolehlah dapat 20 ketul seorang dan total dalam 40 ketul.

Kita pun masuk kedai dan terus pergi pada encik suami, katanya sekarang tengah menunggu trip yang kedua, sebab yang trip pertama kuih sudah habis, menunggu lagi pekerja-pekerja mereka masak di dapur.

Sambil itu encik suami minta tolong belikan air sirap, masa beli air sirap di dalam kedai, berdekatan tempat beratur kami juga, tiba-tiba ada seorang pekerja kuih itu ambil nama-nama pembeli, dan kita pun cepat-cepat datang pada encik suami sebab kakak itu sudah pergi ambil nama orang belakang. Sebab risau nama kita dia tak ambil, kita pun panggil la akak itu dengan nada yang biasa dan lembut.

Ttiba-tiba akak itu dengan muka mencuka pandang kita dia terus cakap “Eh, tak boleh, ni suami isteri kan? Tak boleh beli banyak. Limit 20 saja.”

Kita cakap, “kenapa tak boleh kak, saya beli lain lagi.”

Lagipun tak ada pulak dia tulis satu keluarga 20 ketul saja.

Kakak itu cakap balik “tak ada, tak ada, awak baru datang kan? Tak boleh.”

Encik suami pun cakap, “dia beli air tadi kak, saya jagakan tempat dia.”

Kita pun mula la nak bengang, orang cakap elok-elok dia cakap dengan pelanggan bukan main biadap lagi.

Kita cakap balik “kak, yang nak cakap kurang ajar sangat ni kenapa? Saya cakap elok-elok tadi kan? Saya datang dari jauh nak membeli bukan minta percuma, sebagai pekerja cakap elok-elok dengan pelanggan tak boleh ke? Oo, mentang-mentang kedai sudah famous korang nak berlagak, melayu dengan melayu pun takleh cakap elok-elok ke?”

Dia cakap balik, “tak, biar saya habis selesaikan yang belakang dulu.”

Haaa, kita cakap balik “kalau akak cakap elok-elok macam ini tak ada saya nak marah-marah, jangan nak berlagak sangat kalau kedai sudah ramai orang.”

Kita pun terus senyap malas nak layan sebab jantung dan badan sudah terlalu menggelegak, takut ada kepala orang yang kena tunjal sekejap lagi.

Encik suami sudah risau asyik cakap, “sabar ya, Yang.” Banyak kali.

Memang panas saja, sudahlah panas nak beratur, bertambah pula dengan panas dengan pekerja dia yang biadap, selepas pekerja dia sudah selesai pergi ambil nama-nama orang lain sampai hujung barisan kononnya, dia datang balik beritahu pada encik suami, “di depan saya sudah reservedkan untuk dua orang.

Kita diam malas nak layan. Boleh pula engkau bagi, ek? Ingat nak tegas sangat.

Selepas itu tengah beratur lagi, tiba-tiba trip kedua habis, kena menunggu lagi trip ketiga, hampir 45 minit jugalah dan yang kasihannya orang belakang beratur makin panjang.

Depan kami pula tinggal lagi empat orang macam itu dan kami orang yang kelima. Sementara menunggu nampak ada beberapa individu sebagai pelanggan yang masuk dapur dan keluar bawak berbeg-beg kuih keria.

Dalam tiga dan empat orang juga datang lain-lain tapi boleh beli banyak gila, bayangkan perasaan kami masa itu! Kenapa pengurusan mereka teruk sangat?

Selepas itu bila sampai giliran orang depan kami, tiba-tiba dua orang pekerja itu cakap “kuih keria habis ya? Yang ada nama saja boleh beli.”

Tapi ada pakcik, makcik tua dan orang mengandung yang datang dari jauh, dari Pulau Pinang, Johor dan macam-macam lagilah, beratur sudah nak dekat dua jam yang di jalan raya itu semua macam mana?

Mereka semua beredar dengan muka kecewa dan hampa.

Ya Allah, geramnya, macam itu saja mereka beritahu dengan tak ada minta maaf pada pelanggan yang beratur panjang-panjang itu.

Ada seorang pakcik itu pergi di dapur beritahu, “ni berapa orang saja yang boleh dapat, yang beratur panjang-panjang itu menunggu dari tadi kenapa tak diberitahu? Sudah nak habis baru nak cakap.”

Pakcik itu terus balik. Pekerja dia boleh buat tak tahu saja. Sedihlah.

Kita pun selepas sudah dapat kuih, tak nak menambahkan sakit mata dan hati terus gerak. Datang jam 12.30, dapat kuih pukul tiga petang. Huh, aja gila.

Tapi sebagai pembeli, ini pendapat saya yang sudah makan Kuih Keria Antarabangsa di Melaka ni, setiap orang ada citarasa masing-masing, pada tekak saya, kuih keria ni lebih kurang saja rasa kuih-kuih keria yang sedap di Kuala Lumpur. Oleh kerana kedai itu viral saja, tiba-tiba ada rasa nak makan, tapi nampak gayanya inilah pertama dan terakhir saya datang.

No more Kuih Keria Antarabangsa di Melaka lagi. Senarai hitam terus.

Pada semua peniaga kuih saya seru sangat-sangat kalau ada bakat buat kuih keria, buatlah sesedap mungkin dan meniagalah dengan sistematik, sudah tak relevan kalau pelanggan beratus orang tapi pekerjanya sedikit, dan masak sedikit-sedikit di dapur.

Aduhai, dan utamakan pekerja yang berbudi bahasa sedikit, tak ada la orang datang jauh-jauh nak beli sekali hampa dan sakit hati.

Terima kasih (datang tadi niat yang baik, tak pasal-pasal sudah terbergaduh dengan pekerja dia. Haishh, potong mood betul).

Begitulah kisahnya, hendak membeli kuih keria pun dilayan seperti itu. Semoga kisah ini menjadi satu sempadan supaya peniaga tersebut dan peniaga lain melayan pelanggan dan menjalankan sistem penjualan yang lebih sistematik dan tidak menganiaya pelanggan. Kemesraan dengan pelanggan perlu dipertingkatkan untuk menjaga hubungan dengan orang ramai supaya perniagaan dapat mengekalkan nama baik.

Bagi penulis sendiri, sememangnya tidak sanggup beratur untuk membeli makanan, penulis akan mencari makanan alternatif lain atau buat sendiri saja makanan tersebut. Bagaimanapun, jika teringin, apa salahnya, bukan? Yang menjadi masalah ialah apabila mendapat layanan sebegini dari perniagaan tersebut. Semoga perniagaan ini akan memperbaiki perkhidmatan mereka di masa akan datang.-amazingnara.com

Sumber: Enggan Dinamakan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...