Wanita Dicerai Talak 3, Suami Hanyut Bercinta Rakan Kerja Kilang Berstatus Isteri Orang – “Kau Cantik Laki Kau Tinggal Juga”

Kehidupan

Wanita Dicerai Talak 3, Suami Hanyut Bercinta Rakan Kerja Kilang Berstatus Isteri Orang – “Kau Cantik Laki Kau Tinggal Juga”

Sejak kebelakangan ini, kecoh betul isu-isu yang membabitkan orang ketiga dalam rumah tangga dan kecurangan pasangan. Terbaru, satu rakaman tular di media sosial tentang pendedahan seorang wanita yang mendakwa telah diceraikan talak tiga.

Berdasarkan perkongsian tersebut, wanita itu mendakwa suaminya berlaku curang dengan rakan sekerja di sebuah kilang.

Advertisement

Lebih mengejutkan apabila wanita yang menjadi skandal suaminya itu didakwa masih berstatus isteri orang berusia dalam lingkungan 40-an.

Malah, dakwanya si suami sebenarnya sudah curang sejak 2 tahun lepas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun baru diketahui baru-baru ini.

2 tahun percintaan dia dengan suami aku, satu kilang dengan suami aku. Memang aku rasa teraniaya.”

Rakaman ketika dia bertemu mata dengan kekasih gelap suaminya itu turut viral di TikTok di mana wanita tersebut dikatakan langsung tidak rasa bersalah.

Sebaliknya, dia pula yang meminta si isteri untuk bertanya sendiri kepada suami kenapa lelaki itu membuat keputusan untuk berlaku curang.

Dah kenapa dia tinggalkan kau? Kau salahkan aku kenapa? Muka kau cantik sangat ke? Muka kau cantik laki kau tinggal juga…

…..Laki kau, nak salahkan orang pulak. Laki kau, kau bawaklah dia.. mental dia ni.”

Menerusi ruangan komen pula, ramai netizen memberikan sokongan kepada si isteri supaya terus kuat menghadapi ujian ini serta bangkit semula selepas dianiaya.

1 year ago

"Curang Tu Pilihan Tapi Bila Nafsu Kuasai Diri" - Dah Rancang Kahwin, BF Kantoi Bawa Perempuan Balik Rumah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh!Media

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...