Siapa sangka lagu Bobo Dimana yang mendapat kecaman dan dilabelkan sebagai ‘soft porn’ tersenarai sebagai lagu paling trending di Google Malaysia 2018. Menduduki tempat ketiga selepas lagu Baby Shark (Pinkfong) dan Perfect (Ed Sheeran).
Jadi, tidak hairanlah bila Datuk Seri Aliff Syukri dengan bangga dan seronok mendapat bayaran lumayan puluhan ribu ringgit daripada Google Malaysia sebelum ini.
Hasil daripada kecaman netizen juga sedikit sebanyak membuatkan lagu tersebut menjadi viral dan video muzik Bobo Dimana juga mendapat jumlah tontonan yang tinggi. Nampaknya negativiti mampu membuatkan orang popular. Heh..