Walaupun Dikecam : Lagu Wanita Terakhir Fattah Amin Dinobatkan Single Paling Sukses 2017

Hiburan

Walaupun Dikecam : Lagu Wanita Terakhir Fattah Amin Dinobatkan Single Paling Sukses 2017

Walaupun penglibatan Fattah Amin dalam bidang nyanyian dikritik dan dikecam ramai yang berpendapat suaranya tidak sedap, siapa sangka akhirnya lagu Wanita Terakhir nyanyian beliau telah dinobatkan sebagai debut single paling sukses di Malaysia sepanjang tahun 2017.

Advertisement

Ia diumumkan menerusi akaun Instagram Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).  Perkiraan itu berdasarkan  kedudukan tertinggi dalam carta domestik serta antarabangsa pada hari pertama ia dilancarkan.

Kejayaan lagu ciptaan Aizat Amdan itu juga mengungguli  kedudukan terbaik dalam carta lagu Malaysia untuk tahun 2017.

Itulah rezeki kata orang, meskipun dikecam ternyata Fattah Amin berjaya juga membuktikan lagunya itu mampu menjadi yang terbaik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...