Wak Doyok Dikritik Netizen Luar Negara Kerana Perlekeh Pakaian Seragam Tentera US

Hiburan

Wak Doyok Dikritik Netizen Luar Negara Kerana Perlekeh Pakaian Seragam Tentera US

Adakah anda masih ingat lagi sebelum ini apabila Wak Doyok dikecam kerana menempah cincin dengan hiasan jata Johor? Walaupun sudah pun memohon maaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan yang sama tetapi nampaknya perkara yang seakan sama terjadi lagi.

Terbaru, ikon fesyen itu dikritik ramai apabila dikatakan tidak menghormati pakaian seragam tentera Amerika Syarikat menerusi salah satu entri di Instagramnya.

Advertisement

Tapi kali ini hal tersebut bukan sahaja menarik perhatian rakyat tempatan tetapi teguran itu dibuat oleh netizen daripada luar negara. Alamak!

wak doyok ditegur pakai seragam tentera us salah

Netizen tersebut menegur perbuatan lelaki itu memasukkan tangan ke dalam poket seluar seragam berkenaan. Selain itu, turut meminta dia mencukur janggutnya kerana ia mengganggu imej USMC.

Malahan Wak Doyok turut digelar sebagai seorang yang berlagak seperti mempunyai pengaruh yang besar.

Walaupun mengakui kesilapan tersebut dengan membalas emotikon yang menampakkan dia seperti meminta maaf, namun ikon fesyen itu masih lagi tidak memadam gambar bermasalah tersebut.

wak doyok ditegur pakai seragam tentera us salah wak doyok ditegur pakai seragam tentera us salah wak doyok ditegur pakai seragam tentera us salah wak doyok ditegur pakai seragam tentera us salah

Sepatutnya Wak Doyok lebih berhati-hati kerana hal sebegini melibatkan kesucian angkatan tentera di luar negara. Kita pun mesti marah kalau orang luar tidak menghormati pakaian seragam yang disarungkan pewira tanah air kan?

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...