Ikon fesyen dan selebriti, Wak Doyok sekali lagi dikecam serta disindir netizen gara-gara memuat naik kapsyen yang tidak sopan dan berbaur lucah apabila menyamakan buah durian dengan dada wanita.
Wak memuat naik fotonya sedang memegang buah durian dengan kapsyen berbunyi “Durian adalah raja buah, tapi raja buah terletak di dada wanita.”
Rata-rata netizen merasa kurang kurang senang dengan kenyataan itu. Mereka menyifatkan ia tidak sepatutnya dijadikan bahan lawak kerana jelas tidak menghormati dan dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kaum wanita.
Fikir dahulu sebelum berkongsi sesuatu di media sosial, jangan lupa untuk menjaga sensitiviti orang lain apatah lagi jika anda seorang yang dikenali seperti Wak Doyok. Bukan semua benda sesuai untuk dibawa bergurau kan? Apa pula komen korang?