“Wajib Dah Divaksin”, Ini Salah Satu Syarat Seorang Doktor Untuk Bakal Menantunya

Hiburan

“Wajib Dah Divaksin”, Ini Salah Satu Syarat Seorang Doktor Untuk Bakal Menantunya

Abang Nara adalah seorang yang menyokong suntikan imunisasi. Anak-anak Abang Nara kesemuanya Alhamdulillah sudah divaksin dengan lengkap. Sebagai seorang ayah, adalah menjadi tanggungjawab Abang Nara untuk memberikan yang terbaik buat mereka. Iyerlah diorang kecil lagi mana tahu nak fikir baik buruk kan?

image

Advertisement

Mengikut perancangan, bila anak-anak dah dewasa kelak, Abang Nara dan wife taknaklah masuk campur/kacau kehidupan mereka sangat. Setakat tegur sikit-sikit cukuplah. Masing-masing dah matang dan dah boleh berfikir sendiri. Lagi-lagi bab mencari pasangan suami/isteri. Itu terpulanglah pada pilihan diorang. Namun perancangan tersebut bertukar apabila Abang Nara membaca perkongsian pengalaman seorang doktor di Facebook.

image

Memang berderau darah Abang Nara membaca perkongsian di atas. Inilah akibat kewujudan golongan anti vaksin di Malaysia. Selama ini geng-geng antivaksin ini menyangka anak mereka hanya terdedah kepada penyakit bahaya seperti difteria, polio dan TB, tetapi sebenarnya lebih daripada itu. Menerusi perkongsian doktor ini, apabila si anak yang tak divaksin tadi meningkat dewasa dan hamil, si bayi dalam kandungan pun terdedah kepada penyakit. Jadi tak hairanlah doktor ini pun letakkan syarat “wajib divaksin” untuk bakal menantunya.

image

kalau tak lengkap vaksin seperti jadual di atas, maka terpaksalah kami reject pinangan anda

Abang Nara dan wife pun nampak gayanya akan meletakkan syarat ini kepada bakal menantu kami. Terima kasih kepada doktor atas idea yang amat bernas ini. Kalau tak lengkap vaksin, terpaksalah Abang Nara menolak hasrat anda untuk menjadi suami/isteri kepada anak-anak tercinta. Masa depan diorang lebih penting berbanding cinta anda. Abang Nara tak nak nasib cucu-cucu diperjudikan kerana anda tidak divaksin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...