Sejak beberapa tahun ini, kualiti drama tempatan boleh dikatakan agak merundum. tidak mencapai ke satu kualiti yang boleh dianggap berjaya. Bukan sahaja menyajikan drama cinta semata-mata, tetapi pilihan pelakon yang sama berulang kali menghiasi kaca televisyen juga membuatkan penonton muak dan hilang “selera” untuk menonton karya tempatan.
Mana agaknya pelakon-pelakon berbakat besar di Malaysia menghilang? Berbicara mengenai isu ini, pelakon Nam Ron yang memang dikenali sebagai seorang artis yang berkualiti meluahkan rasa kecewanya apabila namanya ditolak oleh sebuah stesen televisyen popular tempatan gara-gara tidak mempunyai wajah yang kacak.
Malah, Nam Ron juga memberitahu pelakon Amerul Affendi turut mengalami nasib yang sama.

Amerul Affendi (kiri) bersama Nam Ron
“Tweet” berkenaan mendapat reaksi daripada netizen yang turut tidak berpuas hati dengan tindakan stesen televisyen tersebut selain meluahkan rasa kecewa mereka dengan industri lakonan tempatan yang mengutamakan mereka yang berwajah komersial sahaja untuk melariskan sesuatu drama ataupun filem. Populariti lebih penting daripada kualiti.
Sudah menjadi trend sekarang untuk stesen televisyen mencari artis dengan pengikut yang ramai. Namun, populariti seseorang artis itu tidak semestinya membuktikan mereka seorang pelakon yang berbakat ataupun berkualiti. Apa pandangan korang mengenai isu ini?

Ibencidramameleis
May 3, 2018 at 6:09 pm
Aku dah bertahun tak tengok drama melayu. Buang masa je. Layan international laa bbc ke natgeo ke kan dapat ilmu
kesesuaian paham
May 3, 2018 at 2:51 pm
la yg bitter sangat ni kenapa. kau terima je la nasib kau. dah tau industri hiburan ni pentingkan rupa jugak kan. apa kau ingat bakat semata ke? saaaama je la macam kerja opis ni dik. bukan takat kau pandai je. disiplin kena ada. pandai bergaul. team work. etc.
abis kalau ensem kau ingat semua kerja boleh dapat. kalau nak carik watak atok tua chubby hitam kau rasa fattah amin boleh ke komplen kena reject? eh letih la aku membawang
tak kacak
May 3, 2018 at 1:34 pm
aku tengok eman manan ok jerr, laku jadi hero utama lagi tuuu wlpn muka eeewwww… mayb penampilan dan attitude kena jaga. cuba tengok shuip sepahtu, kaya raya skarang ni. yg penting displin untuk maju kena kental bro!
ayumi
May 3, 2018 at 1:33 pm
Both are talented actor kot. yang handsome belum tentu boleh perform mcm namron. harap ada rezeki di tempat lain
Gorges
May 3, 2018 at 11:39 am
Yes! personaliti dan keterampilan tu penting.