Sebut sahaja nama Ifa Raziah, pasti ramai yang mengenali artis ini yang dilabel sebagai “diva” oleh sesetengah pihak. Ifa memang aktif memuat naik fotonya di akaun Instagram. Terbaru, netizen perasan wajah beliau kini kelihatan semakin berseri dan runcing.
Ada yang mendakwa Ifa melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih cantik. Bagaimanapun, Ifa menepis dakwaan tersebut dan memberitahu beliau nampak muda kerana mempunyai hati yang ikhlas dan jujur.
Saya hanya melakukan rawatan kulit dan facial seminggu sekali sahaja. Selain itu, selalu juga berjumpa doktor kulit kerana ada masalah kulit sensitif. Saya tidak kisah orang nak gelar saya ‘sailormoon’ ke apa-apa sekalipun, saya bersyukur kerana semakin cantik dan sihat serta nampak muda bukan kerana saya buat pembedahan muka atau sedut lemak tapi disebabkan keikhlasan dan kejujuran hati.
Ifa menyifatkan mereka yang mengkritik beliau sebenarnya cemburu kerana tidak mampu untuk mempunyai wajah yang lebih cantik sepertinya.
Saya tidak cantik, gemuk orang kutuk-kutuk, bila sudah cantik dan kurus pun orang tak puas hati sebab nampak runcing dan mulus. Pada saya mereka kurang kasih sayang, mungkin mereka tidak mampu untuk berbelanja lebih untuk kecantikan sebab itu cemburu melihat orang lain.
Syukurlah Ifa mempunyai hati yang ikhlas dan jujur serta berkemampuan untuk tampil lebih cantik sekarang. Pasti ramai yang terpukau melihat kecantikan beliau bukan?