Viral Video Aliran Pam Perlahan, PETRONAS Tampil Beri Penjelasan

Hiburan

Viral Video Aliran Pam Perlahan, PETRONAS Tampil Beri Penjelasan

Baru-baru ini Abang Nara telah menerima satu video viral menerusi Whatsapp berkenaan perbezaan dalam kuantiti minyak yang diisi di PETRONAS. Terkejut jugak Abang Nara melihat video tersebut. Iyerlah, berdasarkan pengetahuan Abang Nara, semua pam stesen minyak di Malaysia ini termasuk PETRONAS sentiasa dipantau dan dikalibrasi dari masa ke masa.

PETRONASEnggan membiarkan para penggunanya terus berspekulasi dan mendapat informasi yang salah, PETRONAS Dagangan Berhad telah membuat siasatan segera atas dakwaan tersebut. Pihak KPDNKK and Metrology Corporation sendiri telah turun padang ke stesen minyak PETRONAS terbabit dan membuat ujian.
PETRONAS
Ternyata dakwaan di dalam video viral tersebut adalah tidak benar sama sekali selepas hasil siasatan menunjukkan jumlah minyak yang dipam adalah sama dengan jumlah pembayaran. Masalah yang terjadi adalah aliran pam perlahan dan ia tidak menganggu kuantiti isian sama sekali. Berikut ialah kenyataan rasmi daripada PETRONAS:-

Advertisement

SEHUBUNGAN dengan insiden di stesen PETRONAS Simpang Pulai Arah Selatan yang dimuat naik dalam laman sosial media dan WhatsApp, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) ingin menjelaskan bahawa masalah teknikal yang dialami adalah berkaitan dengan kadar kelajuan aliran pam dan bukannya perbezaan dalam kuantiti minyak yang diisi, seperti yang didakwa.

PDB telah mengambil tindakan segera dan kerja-kerja baik pulih telah dilaksanakan. Pam kini telah beroperasi seperti biasa.

PDB ingin menegaskan bahawa semua pam di stesen kami senantiasa dikalibrasi dan gangguan teknikal ini merupakan kes terpencil yang tidak menjejaskan kuantiti isian sama sekali.

Kami berharap ini memperjelaskan perkara di atas dan kami memohon kerjasama anda untuk tidak terus mengedarkan informasi palsu ini.

Maklum balas dari anda amat dihargai. Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan bagi memberikan pengalaman terbaik untuk para pelanggan di semua stesen kami.

Untuk sebarang aduan atau maklumat, hubungi ejen khidmat pelanggan kami di talian hotline 1-300-88-8181 atau email [email protected].

Abang Nara memang dari dulu lagi adalah pengguna setia PETRONAS. Keyakinan Abang Nara semakin bertambah melihat kepantasan dan kecekapan PETRONAS menangani isu ini. Diharap anda juga begitu. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh layari laman web Mymesra.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...