Viral Gambar Lelaki Mirip Haqiem Rusli Tidur Dengan Perempuan

Hiburan

Viral Gambar Lelaki Mirip Haqiem Rusli Tidur Dengan Perempuan

Nampaknya, penyanyi Haqiem Rusli seakan tidak boleh lekang dengan kontroversi. Kali ini, viral pula foto lelaki miripnya tidur bersama seorang perempuan.

Advertisement

Dihimpit dengan pelbagai persoalan dan spekulasi, Haqiem menafikan lelaki dalam gambar terbabit adalah dirinya. Menurutnya, gambar itu disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin menganiya serta menjatuhkan imejnya.

Saya tidak boleh nak ulas lanjut, cuma apa yang boleh dikatakan, gambar itu sudah disunting. Saya sendiri tak tahu kenapa ramai orang nak menjatuhkan saya? Kalau saya ada buat salah, saya sudah pun meminta maaf. Niat saya menyertai bidang hiburan juga adalah untuk menghiburkan peminat dan membahagiakan keluarga.

Tak dinafikan, ketika gambar itu mula-mula tersebar di Twitter, emak dan ayah saya sangat terkejut. Selepas saya menjelaskan kedudukan sebenar, barulah mereka lega.

Haqiem juga mendedahkan beliau tidak akan membuat laporan polis berkaitan foto itu yang mula disebarkan menerusi laman Twitter. Biarlah orang ramai membuat penilaian sendiri, malah Haqiem juga lebih selesa membiarkan sahaja perkara itu lenyap begitu sahaja.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Taufiq Nadzri & Neonate Clothing

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...