(VIDEO)Viral Lagi Rakaman Pengasuh Wanita Pukul Anak Di Taska

Trending

(VIDEO)Viral Lagi Rakaman Pengasuh Wanita Pukul Anak Di Taska

Satu rakaman video menunjukkan seorang wanita berbaju kurung dan bertudung warna ungu telah dikongsi di dalam laman Facebook Perkongsian Info sejak semalam dan menjadi viral.


 photo taskadera.jpg
Video itu menunjukkan wanita itu yang dipercayai pengasuh di sebuah taska memukul seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menangis.

Advertisement



Rata-rata Netizen tidak dapat mengawal kemarahan menyaksikan video tersebut.


 photo Screen Shot 2016-10-26 at 9.53.47 AM.png
 photo Screen Shot 2016-10-26 at 9.54.00 AM.png

Ada yang memberitahu mereka lebih sanggup berhenti kerja dan menjaga sendiri anak di rumah kerana tidak mahu perkara seperti ini berlaku kepada anak mereka.
 photo Screen Shot 2016-10-26 at 9.54.18 AM.png

Sementara itu, salah satu komen diberikan oleh Netizen yang bekerja sebagai pengasuh bahawa video ini tidak sepatutnya dijadikan landasan untuk menghukum semua pengasuh di taska menggunakan cara yang sama. Kebanyakan pengasuh menggunakan pendekatan berlembut dan menjaga anak-anak yang dihantar kepada mereka seperti anak sendiri.
 photo Screen Shot 2016-10-26 at 10.04.35 AM.png

Akhir tahun 2013, satu rakaman video menunjukkan seorang pemilik taska memukul kanak-kanak di taska asuhannya juga telah menjadi viral.

Pemilik taska itu, Rozita Awang didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan tersebut berdasarkan rakaman tersembunyi melalui pen kamera yang disorokkan dalam sebuah beg oleh bapa kepada salah seorang anak yang dihantar ke Taska Permata Harapan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Hasil siasatan mendapati taska itu sebenarnya beroperasi tanpa lesen dan operasinya kini telah ditamatkan. – amazingnara.com

Sumber: Perkongsian Info

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...