(VIDEO)”Party Tak Ingat Dunia”- Tular Video Penginap ‘Homestay’ Rosak Harta Benda, Kolam Penuh Tin Arak

Kehidupan

(VIDEO)”Party Tak Ingat Dunia”- Tular Video Penginap ‘Homestay’ Rosak Harta Benda, Kolam Penuh Tin Arak

Tular di media sosial hari ini apabila beberapa video menunjukkan penyewa sebuah inap desa dan kereta sewa telah merosakkan kediaman dan juga bersikap tidak bertanggungjawab sepanjang menyewa harta benda tersebut.

Dalam video yang tular itu, beberapa lelaki dilihat sedang mandi dan berseronok di dalam kolam yang dipenuhi tin minuman beralkohol.

Advertisement

Selain itu, kereta sewa jenis Alphard yang dinaiki sekumpulan individu itu juga ‘dilenjan’ sehabisnya sebelum dimarahi oleh pemilik kenderaan tersebut.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Langkawi, Kedah dan individu-individu tersebut telah ‘dibanned’ oleh ejen-ejen kereta sewa dan juga inap desa yang terdapat di pusat pelancongan terkenal itu.

Owner kereta sewaSumber : Facebook  

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berasa geram melihatkan tindakan tidak bertanggungjawab dan merosakkan harta benda itu serta bersimpati dengan pemilik ‘homestay’ berkenaan.

Kat Langkawi kalau mabuk-mabuk macam ni owner kereta sewa memang risau. Dah banyak kali kereta terlajak masuk laut. Ni bukan isu kaum tapi isu peribadi orang itu sendiri. – netizen

lelaki mengadu penumpang lrt biadap dikecam
2 years ago

Tak Puas Hati Dengan Penumpang LRT Biadab, Tetapi Pengadu Ini Dihentam Oleh Netizen Pula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...